Bunga Citra Lestari menyatakan sokongannya kepada suami tercinta Tiko Aryawardhana selepas Tiko teruk dihentam media dan warganet Indonesia pada saat ini.
Ianya kerana Tiko dikatakan mabuk ketika acara afterparty pada hari majlis perkahwinannya dengan Bunga Citra Lestari.
Baca Juga:
- Bunga Citra Lestari Dah ‘Move On’, Dilapor Akan Bernikah Pada Disember Di Bali?
- Tiada Lagi Nama Sinclair Pada Instagram Bunga Citra Lestari
- Indonesian Idol Dikecam Kerana Gunakan Kesedihan Bunga Untuk Raih ‘Rating’
Tiko Tiko Aryawardhana yang dikatakan gagal menunjukkan sifat sebagai suami yang mithali kepada Bunga Citra Lestari pada majlis perkahwinan mereka.
Di mana dia kelihatan mabuk, begitu juga BCL yang dituduh turut mabuk sekali. Bunga Citra juga dikritik kerana tampil terlalu seksi dan menggayakan aksi erotis bersama suaminya di hadapan hadirin.
@beritaofficial.my #bungacitralestari #bcl mabuk parti dalam kelab malam bersama suami baru #tiko #sembangentertainment
Netizen turut mengorek kisah lama Tiko Ardhawana yang dilaporkan bercerai dengan isteri tedahulu setelah gagal memberikan nafkah cukup kepada isteri dan 3 anaknya pada masa itu.
Ianya kerana dia ada beban kewangan dan berhutang dengan pihak lain. Lantas ada netizen menasihati Tiko lebih berhati hati dalam berbelanja kerana dia pernah bercerai kerana masalah kewangan akibat boros.
Mereka berharap Tiko kali ini lebih berhemah dalam berbelanja. Malah ada juga yang menyindir Tiko kerana memberikan hantaran berupa 212 gram emas kepada Bunga Citra Lestari, sedangkan nafkah kepada anak aknya terabai kerana masalah dalam perniagaannya.
Sedangkan dia menghabiskan wang yang banyak menyewa resort di Bali untuk mengadakan majlis perkahwinannya.
Netizen ‘Korek’ Tiko Aryawardhana Hutang Nafkah 3 Anak, Tetapi Mas Kahwin BCL RM63,000https://t.co/LKf7tlZa6r
— OHBULAN! (@ohbulancom) December 4, 2023
Walaupun Tiko sedang dikecam teruk, namun Bunga Citra Lestari memberikan sokongan kepada suaminya dengan meminta agar suaminya membiarkan sahaja netizen yang cuba menghakimi dia.
@xtra_my Ramai betul peminat yang kecewa dengan BCL kali ni😞 Macam-macam komen min tengok ek🤯 #fyp #xtramy #bcl #minum #arak #tikoaryawardhana #afterparty #kahwin #beritaditiktok #sembangentertainment
BCL berkata: “Biarkan mereka menghakimi kamu, biarkan mereka tidak memahami kamu, biarkan khabar angin tentang kamu.”
“Pendapat mereka bukannya masalah kamu. Kamu terus kekal baik hati, komited kepada cinta kamu dan bebas dalam keaslian diri kamu.”
“Tak kira apa yang mereka buat atau kata, jangan kamu sesekali pernah meragui harga diri kamu atupun keindahan kebenaran yang kamu ada.”
“Terus bersinar seperti sedia ada.”