Keputusan seorang lelaki meletakkan keretanya di kawasan terpencil jauh dari tempat biasa, hampir menyebabkan tayar keretanya bocor akibat serpihan kaca.

Dalam video berdurasi 1 minit 14 saat yang dimuat naik TikTok @budak_kia, beliau menyatakan tiada apa-apa bungkusan semasa mahu meletakkan keretanya pada satu kotak parkir kosong. Namun apabila beliau keluar dari pasar raya, didapati terdapat banyak serpihan kaca di bawah keretanya.

Baca Juga:

“Waktu masuk parkir tak ada apa-apa. Waktu nak keluar tiba-tiba ada kaca. Walhal saya baru masuk pasar raya tidak sampai 20 minit pun untuk membeli barangan dapur,” terangnya melalui caption dalam video.

@naufal_cherysa

Tak pasti orang lain pernah kena tak. #fyp #fypシ゚viral #foryou #tiktokmalaysia

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian netizen dan ada yang berkongsi pendapat yang sama bahawa itu merupakan taktik digunakan penjenayah menyamun mangsa di luar negara.

Ada juga menyangka bungkusan itu terjatuh daripada pelanggan lalu dibiarkan di bawah kereta itu sahaja.

Bagaimanapun pemilik video menyatakan kereta kiri dan kanannya merupakan kereta EV yang sedang dicaj tidak bergerak sejak beliau sampai untuk meletakkan kereta sehinggalah mahu pulang — jadi amat mustahil bungkusan berisi botol kaca itu jatuh pecah secara ‘kebetulan’.

Sumber Gambar: TikTok @budak_kia
Sumber Gambar: TikTok @budak_kia
Sumber Gambar: TikTok @budak_kia
Sumber Gambar: TikTok @budak_kia
Sumber Gambar: TikTok @budak_kia

Orang ramai diminta berhati-hati apabila mahu meninggalkan kawasan parkir, pastikan tiada apa-apa yang mencurigakan hingga menyebabkan penjenayah mempunyai peluang untuk melakukan khianat.

Sebelum ini di Indonesia, terdapat modus operandi di mana penunggang motosikal meletakkan selipar yang mempunyai paku berhampiran tayar kereta semasa menunggu lampu isyarat merah. Anda boleh baca lebih lanjut di sini.