JDT turun ke markas Buriram pada aksi separuh akhir kedua Piala Shopee 2025/26.

Dalam perlawanan pertama, Buriram menang 3-1 ketika aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

JDT turun dengan misi mengejar defisit 2 gol tersebut. Dan skuad Harimau Selatan berjaya merapatkan jurang agregat pada lewat masa kecederaan separuh masa pertama.

Ini apabila JDT dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson.

Pada separuh masa kedua, Marcos Guilherme meletakan JDT 2-0 dalam perlawanan ini, dan sekaligus mengikat Buriram 3-3 secara agregat pada minit ke-62.

Kemudian tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan untuk baki masa penuh. Bermakna kedua dua pasukan perlu beraksi dalam masa ekstra 30 minit.

Pada minit ke-96, Buriram kembali di hadapan secara agregat. Ianya selepas Kingsley Schindler melepaskan rembatan deras menewaskan Syihan Hazmi. Buriram 4-3 secara agregat.

Pada minit ke-120, Buriram dikurangkan kepada 10 pemain selepas Guilherme Bissoli dilayangkan kad kuning kedua.

Pada minit ke-115, Buriram terpaksa kehilangan seorang lagi pemain, Goran Causic yang dilayangkan kad merah.

Pada minit ke-120, bekas penjaga gol EPL, Neil Etheridge melakukan penyelamatan berkelas dunia menafikan sepakan percuma cantik Oscar Arribas.

Itu adalah percubaan bahaya terakhir dalam perlawanan ini. Dan Buriram berjaya mara ke final Piala Shopee 2025/26 bertemu dengan Selangor FC yang sebelum itu menyingkirkan NDFC.