Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah butik berjenama terkenal, Coach akan dibuka di dalam sebuah kapal terbang besar di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka.
Untuk pengetahuan anda, pada 20 Mei 2023 yang lalu, ‘Coach Airways’ ini sudah dibuka secara rasmi kepada pengunjung dan boleh dikatakan sudah ramai berkunjung ke butik terbaharu Coach ini.
Baca Juga:
- Disney x Coach Lancarkan Koleksi Terbaru Sempena Filem Dumbo
- ‘Baru Pertama Kali Naik Kapal Terbang Ke?’ – Netizen Tegur Mat Saleh Yang Berang Dengan Sistem Di KLIA
- Pertama Di Malaysia, Penginapan Dalam Kapal Terbang Tawar Pengalaman ‘Rare’ Buat Pengunjung
@aktamillzz 1st in the world Coach Airways in Afamosa Freeport outlet Melaka. Really look awsome and you can feel like flying. Do visit Coach Airways. Tag and share this video with your family and friends #coachairways #coachairwaysmelaka @coachairwaysofficial #coach #aktamillzz
@hikmahcoachmitsui 20/5/2023 Opening date untuk Coach Airways Melaka!! Free coffee, instagrammable place! Experience it now! #CoachAirways #HikmahCoachMitsui #HikmahCoachMitsui #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #CoachSA #wesanderson #CapCut
@aiezzalie Replying to @lairaa shops #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #coachairways #coachairwaysmelaka #melaka #jiranbaikponrezeki #alhamdulillah #keluargamalaysia
Menerusi beberapa video yang dikongsikan di TikTok, dapat dilihat butik Coach ini lengkap dengan tempat untuk bergambar seperti dalam kapal terbang, kafe dan juga barangan Coach turut dijual di sini.
Susulan itu, rata-rata netizen berasa teruja melihat keunikan yang dibawa oleh Coach kerana memilih untuk hadir dengan butik di dalam kapal terbang.
Bukan itu sahaja, ramai netizen yang sudah mengetahui pembukaan butik tersebut tidak mahu ketinggalan untuk terjah ke sana bagi merasai sendiri keunikkan butik terbabit. Jika anda berada berdekatan Melaka, bolehlah terjah ke sana.