Dahulu, perkhidmatan Buy Now, Pay Later (BNPL) seperti SPayLater Shopee sering dikaitkan dengan pembelian barangan mewah atau belanja tidak terkawal.

Menurut laporan The Edge, satu tinjauan terbaru mendedahkan realiti yang berbeza—ramai rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan perkhidmatan ini sebagai alat bertahan hidup untuk menampung keperluan asas seperti susu bayi, kos perubatan, pembaikan kereta, dan bayaran insurans.

BNPL: Bukan Untuk Shopping, Tapi Untuk Bertahan Hidup

Menurut kajian yang melibatkan lebih 40,000 pengguna SPayLater, 81% responden mengakui mereka bergantung pada BNPL untuk menghadapi kejutan kewangan.

Buy Now

Apa yang menarik, majoriti pengguna tidak menggunakannya untuk berbelanja sesuka hati, tetapi sebagai strategi mengurus kewangan harian.

  1. 57% menggunakan BNPL bagi memastikan aliran tunai mereka stabil.
  2. 46% menganggapnya sebagai “bantuan sementara” sehingga gaji masuk.
  3. 32% pula menjadikan SPayLater sebagai alternatif untuk menampung perbelanjaan kecemasan.

Kredit Buy Now, Pay Later Satu-Satunya Harapan Bagi Sebahagian Rakyat

Yang lebih membimbangkan, tinjauan ini turut mendedahkan betapa ramai rakyat Malaysia yang terpaksa bergantung pada kredit untuk membeli keperluan harian.

Buy Now

  1. 59% pengakui mereka memerlukan kredit hanya untuk membeli barang keperluan asas.
  2. 55% pula tidak mempunyai akses kepada mana-mana bentuk kredit lain selain.

Ini menunjukkan betapa ramai yang hidup dalam keadaan kewangan yang rapuh, di mana mereka terpaksa meminjam hanya untuk terus bertahan.

“Dulu Pinjam Dengan Ah Long, Sekarang Gunakan SPayLater”

Menariknya, ramai pengguna SPayLater mengakui bahawa sejak menggunakan perkhidmatan ini, mereka tidak lagi perlu bergantung pada pinjaman tidak formal seperti pajak gadai, pinjaman along, atau meminjam daripada rakan.

Buy Now

Sebanyak 95% pengguna berpendapat bahawa BNPL membantu mereka mengurus hutang dengan lebih baik.

Namun, tidak semua berasa selesa, 2% mengakui berasa gelisah kerana terpaksa bergantung pada kredit jangka pendek untuk keperluan asas.

Tunggakan RM1 bilion

Bagaimanapun, pada awal Februari tahun ini, The Futurizts berkongsi data jumlah tunggakan bayaran untuk BNPL, di mana ia sudah mencecah lebih RM1 Billion yang mana jumlah tersebut meningkat hanya dalam tempoh masa setahun.

Pada 2023 lalu, jumlah tunggakan bayaran bagi BNPL ini berjumlah RM0.7 Billion namun meningkat kepada RM1.42 Billion pada 2024 dimana Grab, Shopee dan Atome kini memegang 96-97% daripada jumlah volume dan nilai transaksi.