Buy Now Pay Later merupakan salah satu cara pilihan rakyat Malaysia ketika membeli belah di atas talian yang mana membolehkan mereka membayar secara ansuran ketika membeli barang.

Menurut statistik yang dikongsikan oleh The Futurizts di laman X, jumlah tunggakan bayaran untuk BNPL itu kini sudah mencecah lebih RM1 Billion yang mana jumlah tersebut meningkat hanya dalam tempoh masa setahun.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jumlah Tunggakan Buy Now Pay Later

Pada 2023 lalu, jumlah tunggakan bayaran bagi BNPL ini berjumlah RM0.7 Billion namun meningkat kepada RM1.42 Billion pada 2024 dimana Grab, Shopee dan Atome kini memegang 96-97% daripada jumlah volume dan nilai transaksi.

Buy Now Pay Later

Dari suku pertama tahun 2023 hingga suku pertama tahun 2024, terdapat 3.7 juta pengguna aktif BNPL yang mana majoriti dari mereka berumur 21 hingga 45 tahun.

Sebahagian besar urus niaga BNPL adalah bernilai rendah, antara RM40-RM500 dan purata setiap transaksi sebanyak RM84.

Ini bermakna orang ramai menggunakan perkhidmatan ini untuk memperoleh barangan harian seperti membeli makanan, perlengkapan dan juga hiburan.

Buy Now Pay Later

Buy Now Pay Later Ada Risiko Tersendiri

Dengan pertumbuhan dua angka dalam tempoh masa setahun, data sedia ada menunjukkan lebih ramai orang menggunakan kaedah pembayaran ini kerana mudah.

Akan tetapi, BNPL mempunyai risiko yang sangat nyata untuk pengguna dimana kaedah ini menggalakkan pengguna untuk berbelanja dengan lebih kerap sekiranya tidak dapat mengawal penggunaan.

Risiko ini dipanggil sebagai illusion of affordability atau sebuah ilusi yang memberikan kesan jangka masa panjang kepada kewangan pengguna.

Apabila anda membeli barangan atau perkhidmatan dan anda membayar dengan wang tunai, anda akan merasakan ‘kesakitan’ dalam dompet anda serta-merta.

Tetapi dengan BNPL, anda tidak akan merasai apa-apa “sakit” kerana pembayaran tersebar dalam beberapa bulan/tahun namun ‘kesakitan’ akan terasa sekiranya tidak mampu untuk membayar kadar bulanan yang ditetapkan.

Bagaimana Untuk Tidak Terjebak Dengan Buy Now Pay Later?

Ada beberapa cara untuk mengelakkan anda terbeban sekiranya mahu menggunakan BNPL seperti meletakkan had bulanan yang sesuai dengan gaji anda selain menabung sekiranya mahu memberi barang atau keperluan yang mahal seperti telefon pintar atau beg.