Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyatakan terdapat 168,967 pemegang akaun Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) atau 2.6 peratus daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun lalu, lapor Harian Metro.
“Jumlah BNPL yang tidak berbayar atau tertunggak adalah terkawal iaitu sebanyak RM121.8 juta atau 3.2 peratus daripada baki keseluruhan pinjaman BNPL,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca Juga:
- BNM Dedahkan Peningkatan Trend Lambat Bayar Di Kalangan Pengguna BNPL Tempatan

- Walaupun Tunggakan RM1 Bilion, ‘Buy Now, Pay Later’ Sebenarnya Penyelamat Rakyat Malaysia – Benarkah?

- Shopee Bakal Kenakan Caj Sebanyak 1.5% Untuk Servis BNPL

Beliau mengeluarkan angka tersebut bagi menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang bertanya mengenai kedudukan terkini hutang BNPL dalam negara dan usaha kerajaan mengawal risiko keberhutangan berlebihan.
Dalam pada itu Lim menyatakan pengguna BNPL pada umumnya menunjukkan disiplin kewangan yang baik.
“Mereka juga melunaskan hutang BNPL dengan kadar kegagalan pembayaran balik hutang yang rendah.
“Mengikut kajian tersebut, kira-kira 88 peratus membuat semua pembayaran tepat pada masanya, 12 peratus membuat pembayaran lewat tetapi penuh dan hanya kurang daripada 0.5 peratus tidak dapat membayar sepenuhnya,” jelasnya.