Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan trend penggunaan perkhidmatan ‘Beli Dulu Bayar Kemudian’ (BNPL) terus mencatat pertumbuhan mendadak di negara ini.
Jumlah urus niaga BNPL kini mencecah 102.6 juta transaksi dengan nilai transaksi melonjak kepada RM9.3 bilion pada separuh pertama 2025.
Baca Juga:
- Hampir 170,000 Pengguna BNPL Masih Berhutang, Baki Tertunggak RM121.8 Juta

- BNM Dedahkan Peningkatan Trend Lambat Bayar Di Kalangan Pengguna BNPL Tempatan

- Shopee Bakal Kenakan Caj Sebanyak 1.5% Untuk Servis BNPL

Angka itu meningkat daripada RM7.1 bilion pada separuh kedua 2024, petik Berita Harian.
Di sebalik peningkatan angka tersebut, BNM memberi amaran terdapat risiko baharu yang hadir bersamanya.
Pengurusan hutang isi rumah, dengan kadar hutang BNPL tertunggak meningkat kepada 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang BNPL, berbanding 2.9 peratus pada akhir tahun lalu.
“Jumlah hutang BNPL belum dijelaskan kini mencecah RM3.8 bilion, bersamaan kira-kira 0.2 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah negara.
“Walaupun masih kecil secara relatif, bank pusat menegaskan risiko ini perlu diperhatikan bagi mengelak penularan kepada sektor kewangan lebih luas,” kata BNM.
Pada masa sama, BNM , kebanyakan pengguna BNPL masih mengekalkan disiplin pembayaran yang baik. Kadar kegagalan bayar bagi pengguna kad kredit dan pinjaman peribadi kekal rendah sekitar 0.9 peratus.