Servis Buy Now Pay Later sudah banyak ditawarkan menerusi sejumlah platform e-dagang kerana permintaan yang tinggi pada saban tahun. Namun, pasti ramai ingin mengetahui sama ada servis BNPL ini dibenarkan di dalam sisi agama Islam ataupun sebaliknya.

Perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan telah mendedahkan hukum servis ‘Buy Now Pay Later’ adalah harus dan sah selagi mana ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak. Berdasarkan perspektif syarak, bentuk jual beli BNPL boleh dilihat dalam aplikasi al-Bai‘ Bithaman Ajil (البيع بثمن آجل).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar; Shopee

Ini membawa maksud kepada proses menjual sesuatu dengan menyegerakan penyerahan sesuatu barangan namun ditangguhkan atau dilewatkan pembayarannya sehingga ke suatu tempoh waktu yang ditetapkan.

Antara syarat yang ditetapkan syarak adalah ia mesti terbina atas akad jual beli dan bukannya akad pinjaman, tidak berlaku dua jual beli dalam satu akad serta akad itu jelas dari sudut barangan, nilai harga dan tempoh penangguhan.

Di samping itu, akad tersebut perlu disepakati di awal pembelian dan bukannya di tengah atau pun di akhir pembelian. Konklusinya, BNPL merupakan satu bentuk toleransi dan kemudahan yang disediakan oleh penjual buat para pembeli.

Sumber