Pengasas Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi dan influencer, Caprice menzahirkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain melalui media sosial mereka.

Bermula dengan satu video pendek, Yusuf Azmi menanyakan soalan kepada Caprice mengenai apa yang tidak dipuas hati terhadapnya.

Baca Juga:

Caprice membalas semula dengan satu video ringkas; memotong sedikit asal video asal Yusuf Azmi, kemudian meletakkan lagu ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’, serta gambar Yusuf Azmi bertemu ahli GISBH.

Sebentar tadi, Yusuf Azmi menerusi Semboyan Malaysia mengeluarkan satu surat terbuka yang mengajak Caprice untuk berbincang demi kebenaran dan keadilan.

“Surat terbuka untuk Ariz Ramli @ Caprice. Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap depan kami tentang apa yang tidak puas hati dengan pihak kami.

“Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki,” petik kenyataan surat terbuka itu.

Menerusi ruangan komen surat terbuka tersebut, ramai berpendapat adakah ini sebahagian daripada marketing untuk kolaborasi Yusuf Azmi dan Caprice?

Ini kerana dalam satu video lain, Yusuf Azmi ada menunjukkan satu baju hitam bersaiz besar. Menurutnya, baju itu ‘hadiah’ buat Caprice yang suka memakai baju bersaiz besar.

Sementara itu, ramai yang berpendapat Caprice menyuarakan mengapa Yusuf Azmi berdiam diri berhubung isu GISBH yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.