Sebut mengenai Yusuf Azmi pasti orang ramai akan mengaitkannya dengan Semboyan dan begitu juga sebaliknya. Mulai mendapat perhatian ramai menerusi perjuangan dalam NGO Persatuan Semboyan Malaysia dan PPIM membuatkan nama Yusuf Azmi dikenali ramai.

Di sebalik usaha dalam memastikan kaum Bumiputera khususnya tidak ditindak, muncul dakwaan di mana Semboyan Supermarket yang diusahakan oleh abang Yusuf Azmi, Asrul Azmi ‘culas’ membayar hutang melibatkan dua pembekal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, menerusi perkongsian Facebook MY Kuala Langat mendedahkan laporan SSM Dakshut Sdn Bhd yang dipercayai digunakan oleh Semboyan Supermarket merupakan milik adik-beradik Yusuf Azmi sepenuhnya.

Sebanyak tiga pemilik tertera di SSM yang terdiri daripada Asrul Azmi, Noriman Azmi dan juga Yusuf Azmi melibatkan jumlah syer sebanyak 30,000, 20,000 dan juga 50,000.

Pendedahan yang dibuat nyata mengejutkan ramai mengetahui nama Yusuf Azmi yang popular dengan NGO turut tersenarai. Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan baru sahaja mengetahui Yusuf Azmi baru sahaja berusia 33 tahun.

Setakat ini, pihak Yusuf Azmi dan Semboyan baru sahaja mengeluarkan penjelasan penuh melibatkan pembekal Arleyza Resources yang mendakwa mereka berhutang sebanyak lebih RM20,000 selama 3 tahun.

Walau bagaimanapun, isu melibatkan Tishas Frozen selaku pembekal yang tidak dibayar langsung oleh pihak Semboyan Supermarket serta isu SSM ini masih lagi pertanyaan orang ramai sehingga kini.

Sumber