Kecoh pada hari ini apabila Yusuf Azmi yang popular dengan NGO Persatuan Semboyan Malaysia dikaitkan dengan dakwaan ‘culas’ bayar hutang lebih RM20,000 daripada pembekal.

Isu ini mulai dikongsikan oleh Arleyza Resources yang memaklumkan abang Yusuf Azmi, Asrul Azmi yang mengusahakan Semboyan Supermarket gagal membayar hutang besar itu walaupun sudah dituntut selama lebih tiga tahun.

Baca Juga:

Kes yang tular ini telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya terkejut mendapati NGO yang aktif dalam memastikan bisnes kaum Bumiputera tidak ditindas ini terpalit isu tidak bayar hutang.

Terbaharu, sebuah lagi perkongsian menerusi Facebook My Kuala Langat yang memaklumkan vendor Tishas Frozen juga turut terpalit isu yang sama dengan Semboyan Supermarket.

Menurutnya, sejak mulai meletakkan produk di Semboyan Supermarket pada Oktober 2021, pihak mereka tidak dibayar oleh Semboyan Supermarket walau satu sen.

Pihak Tishah Frozen bukan sahaja terpaksa menanggung rugi berikutan hutang yang tidak dibayar, malah dikatakan Semboyan Supermarket enggan bertanggungjawab dengan freezer yang rosak di pasar raya mereka.

Kerosakan freezer ini dikatakan hanya diketahui selepas pihak Tishas Frozen menyemaknya sendiri. Lebih menyedihkan, pihak Tishah Frozen sanggup membeli freezer bernilai RM3,000 untuk diletakkan di Semboyan Supermarket.

Pihak Tishas Frozen turut memuat naik perkongsian tangkap layar mesej antara pihak mereka dengan Semboyan Supermarket yang dikatakan liat membayar hutang sehingga kini.

Difahamkan pihak Tishah Frozen sudah memberi kelonggaran kepada pihak Semboyan Supermarket untuk membayar hutang secara ansuran namun sehingga kini masih belum menerima sebarang bayaran.

Setakat artikel ditulis, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Semboyan mengenai dua isu yang berlaku pada hari ini.

Sumber