Sebut mengenai Semboyan, pasti ramai yang mengaitkannya dengan saudara Yusuf Azmi. Popular dengan menentang penindasan melibatkan kaum Bumiputera membuatkan beliau dikenali ramai serta dianggap sebagai ‘hero’ oleh sesetengah pihak.

Terbaharu, Semboyan Supermarket yang diusahakan oleh abang Yusuf Azmi, Asrul Azmi didakwa berhutang dengan pihak pemborong selama lebih 3 tahun. Lebih mengejutkan, jumlah barangan yang dihutang berjumlah sebanyak RM20,138.80.

Menerusi perkongsian Facebook My Kuala Langat, difahamkan pihak mereka sudah berulang kali menghubungi pihak Semboyan Supermarket untuk menjelaskan hutang.

Pertemuan dengan pihak pemilik Semboyan Supermarket , Asrul Azmi juga sudah dibuat namun sehingga kini hutang masih belum dibayar meskipun sudah diberikan peluang selama 6 bulan.

Sementara itu, pihak Arleyza Resources turut memanjangkan isu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketahui rapat dengan NGO Persatuan Semboyan Malaysia.

Tidak hanya menyatakan isu yang berlaku dengan Semboyan Supermarket , pihak mereka turut mendedahkan bukti screenshot mesej mereka seolah pihak Arleyza Resources terpaksa merayu memohon Semboyan Supermarket membayar hutang.

Sebelum ini, Yusof Azmi turut pernah memberi jawapan balas mengenai isu hutang yang berlaku dengan mendakwa jumlah hutang sebenar hanyalah RM7,397.29 dan bukannya lebih RM20,000 seperti yang didakwa.

Sumber: Facebook My Kuala Langat

Pihak Yusof Azmi turut memamklumkan mahu mengambil tindakan kepada pihak Arleyza Resources sekiranya tidak menurunkan posting melibatkan isu hutang ini.

Walau bagaimanapun, pihak Arleyza Resources tampil menjawab bahawa pihak Semboyan Supermarket sekadar mahu membayar wang mengikut jumlah produk yang terjual manakala produk yang tidak terjual dan sudah mencapai tarikh luput suruh diambil semula serta tidak termasuk dalam hutang.

Tidak kurang juga layanan yang diberikan pihak Semboyan Supermarket yang dikatakan kurang memuaskan namun apabila mahu barang tidak terjual pihak mereka yang perlu datang mengambil semula produk di Semboyan Supermarket .

Berdasarkan semakan, Arleyza Resources merupakan syarikat yang bertanggungjawab sebagai pengilang dan pengedar barangan runcit melibatkan makanan seperti belacan, yong tau foo, taucu yang diusahakan oleh pemilik Muslim.

Diharapkan semoga konflik melibatkan dua syarikat ini dapat diselesaikan dengan baik sekaligus hutang dapat dilangsaikan dalam memastikan Arleyza Resources yang menjalankan perniagaan menerusi pinjaman MARA dan Tekun dapat meneruskan perniagaan.

Setakat artikel ditulis, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Semboyan mengenai isu yang berlaku.

Sumber