Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Izham Ruzaini Zakaria menceritakan pengalaman mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan media sosial selama dua bulan.

Dia tidak dapat dapat menghadiri persekolahan seperti rakan-rakan yang lain kerana ditimpa musibah kemalangan di Jalan Sri Cemerlang pada awal bulan lalu.

Insiden itu mengakibatkan Mohd Izham patah paha kanan, petik Berita Harian.

“Sejak kemalangan berkenaan saya hanya hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan ujian bertutur SPM dan hari ini untuk ujian bertulis.

“Sepanjang tempoh itu, saya hanya belajar sendiri di rumah dan ada merujuk TikTok dan Youtube untuk ulangkaji.

“Pada masa sama, ada rakan-rakan membantu menghantar nota menerusi whatsApp. Walaupun tidak membuat persiapan sebagaimana calon yang lain, namun saya tetap bersedia dan bersemangat untuk menduduki SPM,” katanya ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Sumber