Ketika ini, mesti ramai sudah berasa ‘terkurung’ berada di rumah dan mahu melihat keindahan alam semulajadi dengan bercuti. Sabar, kita masih belum menang.

Adakah anda tahu kewujudan Dusun Semilir Bawen di Semarang, Indonesia? Terbaharu, pengguna TikTok @ferrajaa telah berkongsi video beliau bermain gelongsor pelangi di sana sambil dihadiahkan ‘view’ cukup menakjubkan.

https://www.tiktok.com/@ferrajaa/video/6876708413154315522

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan kini video itu mendapat lebih 100 ribu ‘likes’. Pastinya selepas menonton video itu membuatkan anda seperti menaiki gelongsor itu juga.

Lantaran perkongsian tersebut, rata-rata netizen tertanya-tanya di mana lokasi gelongsor tersebut dan mahu mencuba ia. Malah, para netizen juga sudah tahu mahu menaiki gelongsor berwarna yang mana selepas melihat video itu.

komen1

komen 2.1

komen 3

Cantik, bukan? Buat anda yang berada di Indonesia bolehlah cuba terjah ke Dusun Semilir Bawen ini dan yang berada di Malaysia kita layan dulu video ‘tour’ ini.

Tahukah anda bahawa rumah sebenar filem Pengabdi Setan boleh dikunjungi? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Video ‘Tour’ Ke Rumah Sebenar Pengabdi Setan Di Indonesia Buat Netizen Seram Sejuk

Bermula Sebagai ‘Prank’ Tawar Airbnb Paling Teruk, YouTuber Ini Terkejut Terima Banyak Tempahan

Penat Kerja Dari Rumah, Ini 5 Hotel Di Kuala Lumpur Tawar Pakej ‘Work From Hotel’ Serendah RM19