Beberapa hari ini tular di media sosial video seorang gadis cantik memakai uniform penjara berwarna oren sambil tersenyum yang dibawa masuk ke mahkamah.

Video tersebut yang diiringi dengan lagu remix Sweet But Psycho nyanyian asal Ava Maxx membuatkan ramai yang teruja untuk mengetahui identiti sebenarnya dan apa yang telah dilakukannya sehingga dimasukkan ke penjara.

Manis tapi psiko

Buat anda yang belum mengenali gadis dalam video tersebut, nama beliau adalah Isabella Guzman, berusia 25 tahun dan berasal dari Amerika Syarikat.

Walaupun videonya kembali tular baru-baru ini, namun nama beliau sebenarnya bukanlah asing dalam laporan media di negara Uncle Sam itu dan seluruh dunia.

isabella
Isabella Guzman ketika di awal penahanannya

Hal ini kerana Guzman sebelum ini pernah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar dan portal berita pada 2013 kerana terlibat dalam jenayah bunuh.

Tambah mengejutkan, jenayah yang dilakukannya bukanlah seperti yang anda fikirkan. Berbeza dengan pembunuhan lain yang mungkin melibatkan satu atau dua tembakan dan tikaman, beliau menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza.

Segalanya berlaku pada 2013 atau hampir sepuluh tahun yang lalu di mana beliau telah didakwa dengan tuduhan membunuh selepas menikam ibunya sebanyak 79 kali di muka dan leher.

Kejadian tragis yang berlaku pada 28 Ogos tahun itu disedari bapa tirinya, Ryan Hoy pada suatu malam apabila melihat melimpah keluar daripada bilik air rumahnya di tingkat atas.

Selepas membuka pintu bilik air tersebut, Hoy dalam afidavitnya memberitahu dia melihat Isabella memegang sebilah pisau sebelum berjalan terus ke pintu tanpa mengatakan apa-apa kepadanya.

Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka melaporkan ibu Isabella, Yun-Mi Hoy terbaring di atas lantai bersebelahan sebatang kayu besbol. Bedah siasat yang dijalankan kemudiannya mendapati beliau ditikam 31 kali di muka dan 48 kali di leher.

Walaupun cuba melarikan diri selepas kejadian itu, namun Isabella berjaya ditahan pihak berkuasa keesokan harinya dan didakwa atas cubaan membunuh ibunya.

isabella-guzman-7
Isabella ketika ditahan pihak berkuasa sehari selepas pembunuhan ibunya

Walaupun dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan itu, namun laporan Denver Post pada 2014 menjelaskan Isabella didapati tidak bersalah selepas membuat perakuan gila (insanity plea).

Perakuan itu dibuat selepas keputusan analisa kesihatan mental yang dijalankan mendapati beliau mengalami masalah mental. Beliau kemudiannya dihantar ke Colorado Mental Health Institute of Pueblo untuk menjalani hukuman di sana.

Baca juga kisah perlumbaan motosikal paling bahaya di dunia ini yang sering dikongsikan di media sosial di pautan di bawah. 

Kisah Perlumbaan Paling Bahaya, Catat 258 Kematian Dalam Masa 113 Tahun

Carlos Ghosn, Legenda Automotif Nissan Yang Menjadi ‘Penjenayah’ Dikhendaki Jepun

10 Kejadian Jenayah Yang Sempat Dirakam Google Earth