Selepas beberapa bulan berlaku konflik melibatkan pasangan selebriti terkemuka iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, kedua-dua selebriti ini memilih untuk menemui titik perakhiran pada 18 April ini.
Dilaporkan kata sepakat tersebut telah dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan pada malam tadi.
Baca Juga:
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Pelakon Puteri Sarah dan suaminya sepakat mengakhiri kemelut perkahwinan mereka apabila Syamsul Yusof setuju untuk melafazkan talak pada 18 April ini. https://t.co/nv6CRJ20cY
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 10, 2023
Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.
Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.
@utusantvofficial Replying to @nr.ainazhar Doakan yang terbaik ye 😁. 📽️ Auzaee Athallah. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #syamsulyusof #puterisarahliyana
Mengulas mengenai keputusan yang dibuat kedua-dua belah pihak, Sarah memaklumkan segalanya berakhir dengan tenang dan enggan bermusuh dengan bapa kepada anak-anaknya itu.
Sebelum ini, Syamsul Yusof memaklumkan enggan menceraikan Puteri Sarah meskipun sudah diminta ibu beliau untuk menceraikan wanita tersebut.