Selepas beberapa bulan berlaku konflik melibatkan pasangan selebriti terkemuka iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, kedua-dua selebriti ini memilih untuk menemui titik perakhiran pada 18 April ini.

Dilaporkan kata sepakat tersebut telah dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan pada malam tadi.

Baca Juga:

Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.

Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.

@utusantvofficial

Replying to @nr.ainazhar Doakan yang terbaik ye 😁. 📽️ Auzaee Athallah. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #syamsulyusof #puterisarahliyana

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Mengulas mengenai keputusan yang dibuat kedua-dua belah pihak, Sarah memaklumkan segalanya berakhir dengan tenang dan enggan bermusuh dengan bapa kepada anak-anaknya itu.

Sebelum ini, Syamsul Yusof memaklumkan enggan menceraikan Puteri Sarah meskipun sudah diminta ibu beliau untuk menceraikan wanita tersebut.

Sumber