Malaysia memang cukup kaya dengan makanan kerana keharmonian pelbagai kaum yang tinggal di dalam negara ini.
Bak kata orang ramai — ‘Makanan menyatukan kita semua’.
Baca Juga:
- Karipap Dinobat Antara Kuih-Muih Terbaik Dunia
- Cuba Sagu Gula Melaka Buat Pertama Kali, Reaksi Keluarga Perancis Ini Raih Perhatian Netizen
- Peniaga Burger Di Bukit Bintang Dikecam Selepas Caj Pelancong RM10 Untuk ‘Burger Biasa’
Bagaimanapun dalam satu video yang dimuat naik Instagram @kl.foodie telah mendapat reaksi agak berbeza daripada warganet.
Menerusi video berdurasi lebih 1 minit tersebut, orang ramai mempertikaikan capati, makanan yang cukup sinonim dengan kaum India tidak dimakan dengan jumlah kuah terlalu banyak atau selalu kita panggil ‘kuah banjir’.
Ketika artikel ini ditulis, video Instagram itu telah mendapat lebih 1,300 komen daripada warganet.
Netizen menegaskan capati yang ‘authentic‘ sememangnya makanan yang sihat dan sedap. Jadi apabila capati diletakkan ‘kuah banjir’ yang berlebihan, makanan tersebut terus jadi tidak sihat.





Dalam pada itu, orang ramai meminta agar perbezaan cara penyediaan makanan tidak dijadikan satu isu serius yang boleh mengundang perpecahan.
Sesiapa bebas untuk memasak makanan daripada kaum lain, mengikut kesesuaian citarasa masyarakat setempat.
“Kalau ikutkan rasa original Itali, hanya guna bawang putih, minyak zaitun dan chili flakes. Nak sedap sikit tambah keju parmesan.
“Sampai di sini jadi lain. Orang Malaysia makan spaghetti pun letak stok ayam, seafood, daging ayam. Tapi tak mengapalah, sekurangnya meraikan kepelbagaian,” ujar salah seorang netizen.