Capital A Bhd (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan AirAsia Bhd) tidak dapat meneruskan pinjaman RM500 juta di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin Nasional Bhd kerana ia tidak dapat menerima syarat-syarat tertentu termasuk pengasasnya, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, enggan menjadi penjamin, lapor The Edge.

Capital A turut berkata pihaknya tidak dapat memenuhi syarat Danajamin untuk melaksanakan pelan dan mendapatkan kelulusan bagi memulihkan ekuiti pemegang saham yang disatukan agar berada di atas RM40 juta dan 25% daripada modal saham atau untuk mendapatkan lanjutan masa bagi menyediakan pelan regulasi dari Bursa Malaysia untuk tempoh yang sepadan dengan fasiliti kelab itu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Perkembangan terbaharu ini menimbulkan ketidakpastian mengenai pelaksanaan permodalan semula syarikat penerbangan itu kerana pinjaman daripada Danajamin merupakan sebahagian besar daripada rancangan pengumpulan dana.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, lembaga pengarah dan pengurusan Capital A mengumumkan bahawa syarikat itu tidak akan meneruskan fasiliti kelab kerana ia “tidak dapat menerima dan/atau memenuhi syarat tertentu” yang ditetapkan oleh Danajamin.

Pemfailan menyatakan bahawa jaminan bersama dan beberapa jaminan diperlukan sebagai penjamin kepada Danajamin daripada Fernandes dan Kamarudin, yang kedua-duanya menguasai kira-kira 24.64% pegangan dalam Capital A melalui Tune Air Sdn Bhd 12.41% dan Tune Live Sdn Bhd 12.23%.

“Capital A sedang meneroka alternatif pembiayaan hutang lain yang tersedia dengan syarat yang boleh diterima sesuai dengan operasi dan keperluan pembiayaan syarikat,” kata syarikat itu dalam pemfailan itu.

Untuk rekod, pinjaman RM500 juta yang yang diluluskan pada 5 Okt 2021 daripada Danajamin adalah sebahagian daripada usaha mengumpul dana RM2.5 bilion Capital A untuk permodalan semula selepas syarikat penerbangan itu terkesan dengan wabak COVID-19, sama seperti syarikat penerbangan lain di seluruh dunia.

AirAsia bakal kenakan semula surjac bahan api sehingga RM60 bermula 8 Mac ini. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

AirAsia Bakal Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Sehingga RM60 Bermula 8 Mac Ini

AirAsia Kemas Kini Caj Daftar Masuk Melalui Kaunter, Harga Kembali Semula Kepada Asal