Hi, saja nak share sikit travelhack / tips bila travel di musim sejuk. Selalu orang share tentang pemakaian yang sesuai kan. Thermal wear, winter coat, fleece, warmer, spike dan so on.
Tapi kita selalu lupa, gajet pun perlukan pakaian panas sendiri, terutamanya handphone sebab selalunya ramai yang guna handphone saja untuk ambil gambar sebab mudah dan cepat.
Waktu musim lagi-lagi kalau suhu yang di bawah 0°c, handphone memang cenderung untuk ‘termati’ dengan sendirinya walaupun secara hakikatnya, bateri banyak lagi. Ini normal sebab suhu terlalu sejuk dan handphone tak boleh adapt dengan suhu bawah paras beku tu.
Tips ni secara kebetulan saya dapat waktu dah hari ke 7 travel, daripada seorang staff travel agency di Harbin sebab ternampak dia guna cara ni. Dah nak balik Malaysia pun waktu tu. Rasa rugi tak tahu dari awal sebab memang berguna dan sangat mudah.
Jadi, untuk elakkan handphone cepat mati / batteri drain too fast, caranya sangat mudah.
Beli warmer/heat pack yang ada pelekat tu. Ambil heat pack/body warmer lah paling senang. Kemudian tampalkan kat belakang handphone yang bahagian bateri tu.
Kalau handphone guna casing, tampal kat bahagian dalam casing, jangan luar casing sebab nanti tak berkesan sangat. Keputusannya, prestasi handphone jadi lebih baik sebab kekal suhu normal/panas walaupun suhu di luar tengah sejuk menggila.
Nampak macam kelakar dan pelik kan? Tapi serius membantu. Saya guna Huawei P9, prestasi bateri memang menyakitkan hati. Kawan guna Iphone 6 pun sama, bawa keluar sekejap, tak lama lepas tu mati.
Waktu di Beijing, Tianjin, dan beberapa hari di Harbin, dalam sehari tu boleh dikatakan lebih 15 kali handphone saya habis bateri atau ‘termati’ sampai saya naik fed up. Tapi lepas guna cara ni, fuhhh rasanya tak sampai 2 kali pun mati, tu pun sebab warmer dah kurang panas.
So, that’s all for the travelhack. Semoga membantu!
Nota:
Kalau taknak kaki membeku/kebas, tampal shoe warmer/body warmer di bahagian atas dan bawah kaki selepas pakai stoking. Selain daripada membantu beri sedikit rasa panas, boleh juga jadi pad kaki yang menyelesakan kaki.
Untuk tangan, masukkan hand warmer dalam sarung tangan, so takyah keluarkan tangan dari sarung tangan semata-mata sebab nak genggam warmer.