AirBnB kini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang gemar travel. Platform yang menyediakan pilihan homestay dan bilik penginapan untuk disewa dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa bulan ini kian menjadi pilihan di kalangan mereka yang suka melancong.
Tapi masih ramai juga yang tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan bilik atau rumah sewa dengan harga lebih rendah, terutama bagi mereka yang telah terbiasa tinggal di hotel atau hostel sewaktu travel.
Baru-baru ini ada beberapa orang menghubungi saya dan bertanya tentang AirBnB. Lebih malang, ada antara mereka yang telah membuat tempahan tapi tempahan tersebut telah dibatalkan oleh pemilik rumah tersebut.
Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk anda yang masih baru atau tak biasa dengan AirBnB.
Gunakan fungsi filter
Di website dan apps AirBnB ada filter yang disediakan untuk kita buat saringan dan carian dengan lebih tepat.
Berikut antara tapisan penting yang boleh dibuat menerusi filter ini:
1. Instant book : Jika mahukan pengesahan segera atau tarikh nak menginap di rumah itu dah terlalu dekat, anda set on untuk fungsi ini. Bagi saya, saya jarang guna fungsi ini sebab paling kurang selalunya 3 ke 2 minggu sebelum tarikh saya dah buat tempahan. Sempatlah tunggu host buat pengesahan.
2. Price range : Filter yang sangat membantu bila kita buat carian harga mengikut bajet. Ini adalah fungsi filter yang paling kerap saya guna di AirBnB. Saya tetapkan bajet dan gerakkan filter ‘Price range’ ke titik bajet maksma yang saya tetapkan. Tak lah buang masa kena skroll dan tinjau senarai satu persatu termasuk yang mahal.
3. Room type (jenis bilik) : Satu lagi filter yang bagus dan kerap saya guna. Ada 3 pilihan yang kita boleh pilih ikut keadaan semasa sewaktu travel nanti:
(a) Entire place : Maksudnya kita boleh sewa satu rumah tanpa perlu duduk bersama tuan rumah. Jika travel dengan keluarga, inilah pilihan terbaik sebab ia lebih privasi, dan boleh memasak.
(b) Private room : Sewa bilik saja, dan bahagian lain rumah dikongsi bersama tuan rumah seperti dapur, ruang makan dan meja makan, ruang tamu dan ruang rehat, bilik air serta ruang am lain seperti beranda dan halaman rumah. Ye lah kalau depan rumah dia pantai dengan view cantik, mestilah kita nak lepak sekali kan?
(c) Shared room : Berkongsi bilik dengan penghuni atau penyewa lain. Jika travel solo ini mungkin pilihan yang baik dan paling murah tapi tiada privasi. Ruang lain dalam rumah dikongsi dan digunakan bersama. Bagi wanita travel solo, sebolehnya elakkan pilihan ini. Kita tak tahu siapa rakan sebilik kita.
Jika mahu lihat cara hidup masyarakat setempat dengan lebih dekat, stay like a local, (b) dan (c) adalah pilihan terbaik. Tapi kena baca betul-betul apakah syarat lain yang tuan rumah kenakan : ruang am boleh guna sampai jam berapa, lampu kena tutup jam berapa, tak boleh buat bising bermula jam berapa, dan syarat-syarat lain.
Antara pengalaman yang saya akan ingat ialah sewaktu menyewa bilik di Amsterdam. Lokasi rumah di luar Amsterdam, tapi dekat dengan stesen tram dan kedai. Di depan rumah pula ada sekolah rendah.
Cantik rumahnya, siap ada taman peribadi di laman rumah. Pintu masuk pula di bahagian belakang rumah. Memang agak keliru masa mula-mula sampai. Dan paling tak dijangka, tuan rumah tutup pemanas dan elektrik tepat jam 10 malam.
Masa tu musim sejuk pula tu. Huhu. Memang merengkok lah tidur. Nasib baik selimutnya tebal. Haha. Setiap malam begitu lah keadaannya. Tapi nak dapat harga murah dan merasa tinggal dengan local, dapat lihat budaya mereka dengan lebih dekat, tahan sajalah.
Dan yang paling penting mesti pandai bawa diri dan hormati privasi tuan rumah. Kebersihan ruang dapur dan bilik mandi juga kenalah 200% dijaga. Ingat, kita bukan sekadar bawa nama dan muka kita saja, nama negara turut ikut serta.
Perhatikan bagaimana susun atur barang di dapur dan di bilik air. Paling penting letak semula barang di tempat asal selepas digunakan. Jika tuan rumah letak karpet di bilik air, pandai-pandailah usaha tak nak bagi air tumpah di karpet. Haha.
Banyak lagi fungsi lain dalam filter seperti Room and beds, Amenities (dapur, shampu, pemanas), Facilities (elevator, parking dan gym) dan lain-lain. Tapi fungsi ini saya agak jarang guna sebab selalunya ada disebut di bahagian ‘About this home’ dan ‘Amenities’.
4. Lokasi
Jika anda travel dengan cara naik bas dan keretapi, pilih lokasi menginap yang dekat dengan stesen perkhidmatan awam ini. Lihat juga jika ia dekat dengan kedai runcit dan pasaraya. Semua ini biasanya dinyatakan di ruang ‘About this home’. Jika tak ada, kita boleh hantar mesej kepada host dan tanya.
Intai juga di bahagian feedback. Jika host dah ada ramai penyewa lain sebelum ini, biasanya ada feedback yang sebut kemudahan lain yang terletak berdekatan.
Biasanya juga, caj sewaan di kawasan bandar dan dekat dengan kemudahan awam lebih mahal berbanding di luar bandar.
Tapi bagi yang buat road trip dan sewa kereta, tak ada masalah jika cari bilik atau rumah yang agak jauh dari kemudahan awam. Harga sewaan juga selalunya lebih murah.
5. Feedback
Gambar di atas adalah tanda ‘Super Host’, bermakna tuan rumah dah ada banyak feedback dan menerima rating tinggi daripada pelanggan sebelum ini.
Superhost hanya diberikan oleh AirBnB kepada tuan rumah yang berjaya memenuhi syarat yang diletakkan iaitu menjadi host lebih dari 10 penyewa berbeza, membalas pertanyaan bakal penyewa dengan pantas dan terima rating 90% ke atas, terima banyak rating 5 bintang daripada penyewa sebelum ini dan paling kurang separuh daripada jumlah penyewa telah tinggalkan review dan rating yang tinggi untuk host.
Rekod bahawa host tidak pernah batalkan tempahan yang telah beliau disahkan juga turut diambil kira oleh AirBnB.
Tapi tak bermakna kita hanya perlu pilih super host. Yang tak dapat super host pun masih banyak yang ok. Malahan, kadang kala ada host yang sebenarnya bagus tapi baru saja sertai AirBnB. Jadi dia belum terima banyak feedback yang melayakkan dia menjadi Super Host.
6. Gambar rumah
Lihat gambar yang disertakan oleh host seperti ruang tamu, bilik, bilik air, bahagian luar rumah dan suasana sekitar. Jika rasa tak yakin dengan gambar yang disertakan, boleh skip, kiv atau hantar mesej kepada host, minta gambar extra.
Sementara itu, teruskan lagi carian untuk rumah lain.
Baca: 2 Kisah Lucu Yang Aku Lalui Sepanjang Jadi Host AirBnB Di Amsterdam
7. Kemudahan lain
Ada rumah yang hanya sediakan ruang tidur dan bilik air saja, tak ada dapur. Ada juga rumah yang lengkap serba serbi termasuk mesin basuh dan pengering baju. Jika travel bersama keluarga dalam tempoh lebih dari seminggu, pilihan rumah yang sediakan kemudahan lengkap adalah lebih baik.
Tapi ada juga host yang nyatakan mereka sediakan kemudahan termasuk dapur di bahagian amenities. Tapi bila sampai di sana, rupanya dapur yang dinyatakan hanyalah microwave oven dan cerek. Sebab itu amat penting untuk kita semak dan hubungi host sebelum buat tempahan. Tanya mereka betul-betul apakah kemudahan di bahagian dapur dan bilik air yang disediakan.
8. Syarat pembatalan
Ada host yang mengenakan syarat pembatalan yang ketat dan ada pula yang benarkan kita batalkan tempahan beberapa hari sebelum tarikh menginap.
(a) Strict Cancellation : Bermakna jika kita batalkan tempahan, hanya beberapa peratus sahaja daripada jumlah sewa yang dibayar akan dipulangkan. Berhati-hati jika sewa di rumah yang kenakan syarat begini. Jika kita batalkan tempahan, kita yang akan rugi. Manalah tahu tiba-tiba kita terpaksa batalkan trip, travel buddies tak jadi pergi, atau ada hal kecemasan lain.
(b) Flexible cancellation : Kita boleh batalkan tempahan seminggu atau paling lewat 24 jam sebelum tarikh kita menginap. Saya lebih selesa buat tempahan menginap di rumah yang ada pilihan seperti ini. Yang penting anda baca betul-betul syarat di bahagian pembatalan ini.
9. Additional prices (caj tambahan)
Ini perangkap harga yang mesti kita semak. Ada host yang letakkan caj tambahan untuk tetamu ke 2, ke 3 dan selebihnya. Ada juga host yang kenakan caj untuk tuala dan kos mengemas rumah.
Jika tak pasti dengan caj yang dikenakan, hantar mesej dan tanya kepada host sebelum buat tempahan.
10. House rules (peraturan menyewa)
Baca peraturan yang dinyatakan oleh host dengan teliti. Ada host yang meletakkan syarat tidak boleh bawa kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun (mungkin atas faktor keselamatan dan lokasi rumah), ada juga yang tak benarkan bawa haiwan peliharaan, tak boleh merokok di dalam rumah dan tak boleh berparty.
Ada juga yang letakkan syarat mesti tiba di rumah mereka pada waktu tertentu. Jika kita tiba lewat, sedikit bayaran akan dikenakan oleh host. Baca peraturan host dengan teliti.
11. Hubungi host
Selain nak bertanya soalan-soalan di atas, sebenarnya sangat disarankan untuk kita hubungi host sebelum buat tempahan dan booking. Dengan cara ini kita dapat lihat berapa cepat host balas mesej, adakah dia memberikan jawapan yang tepat mengikut soalan yang ditanya (masalah jawapan selalu berlaku bila host tak pandai berbahasa Inggeris), dan bagaimana cara host membalas mesej kita.
Dan yang penting, kenalkan diri, dari negara mana kita datang, berikan sebab kenapa kita ke negara mereka (selalunya saya beritahu – tak sabar nak lihat tempat anda yang cantik), dan berapa ramai yang akan menginap. Adakala saya berikan sekali umur anak, agar mereka tahu kita datang bersama keluarga.
Ada host yang tak begitu ramah dan suka melayan, pendek kata dia bagi cold reply. Jika begini, kita boleh pertimbangkan untuk cari rumah lain.
Tapi jika host peramah, menjawab dengan baik semua soalan kita (dan kita pun kenalah tanya elok-elok, berbudi bahasa), maka ini juga sebenarnya adalah peluang untuk kita minta diskaun. Hehe.
Saya merupakan antara yang gemar gunakan AirBnB bila travel. Sebab selain daripada dapat tinggal di kejiranan masyarakat setempat di lokasi yang dikunjungi, melalui AirBnB juga saya dapat rasa pengalaman baru, dapat melihat budaya mereka dengan lebih dekat dan dapat rasa stay like a local, walaupun sekejap.
Tak semua mampu travel lama sampai berbulan atas berbagai faktor dan komitmen. Yang penting, setiap kali travel ia dapat membuka minda dan pemikiran, dan kita balik ke Malaysia dengan perspektif baru.
Dan untuk pengetahuan anda, AirBnB bukan hanya terhad untuk cari penginapan bila travel di luar negara saja. Jika nak sewa rumah atau bilik sewaktu bercuti di dalam Malaysia pun ada banyak pilihan.
Akhir sekali, jika anda belum ada akaun AirBnB boleh daftar di link ini dan dapatkan diskaun sebanyak RM105. Register pakai akaun Facebook pun boleh.
Oh ya. Tak semestinya lepas register kena terus buat tempahan. Anda boleh jenguk dan biasakan diri dulu dengan semua info yang ada di dalam web AirBnB ini. Nanti dah nak travel, senang sikit nak buat tempahan sebab dah tahu apa nak buat. Gitu.
Baca juga: Sebelum Tempah Bilik Di AirBnB Baca 11 Panduan Dari Aku, Pemilik Homestay Di UK