Nota Editor: Perkongsian ini asalnya telah dipaparkan di Facebook Dr Faiz Najmi. Beliau pernah bekerja di unit kecemasan satu ketika dulu tapi kini telah meninggalkn bidang ini dan menjalankan perniagaan sepenuh masa. Semoga perkongsian ini membawa manfaat terutama bagi mereka yang bakal bergelar doktor.

faiz-2

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Fret not Muslim doctors/nurse/AMO (Assistant Medical Officer) – combine your prayers when you are on duty or at rest.

Dari Ibnu Abbas:
“Rasulullah SAW pernah menjamak solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dan Isyak di Madinah, padahal tidak dalam ketakutan atau hujan. Ada seorang yang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas : ‘Kenapa Nabi SAW berbuat demikian?’ Dia menjawab : ‘ Tujuannya agar beliau tidak menyukarkan umatnya.”

(Sahih Muslim)

Hadith di atas menunjukkan tiada dosa bagi seorang doktor/nurse/AMO (Assistant Medical Officer) untuk menjamakkan solat. Ia adalah kemudahan yang diberikan kepada orang Islam jika ada keperluan.

Jamak boleh dilakukan taqdim atau ta’khir, secara 4+4 (zuhur dan asar) atau 3+4 (maghrib dan isha).

Jangan terkeliru dengan qasar (memendekkan solat kepada 2 rakaat). Qasar hanya SPESIFIK untuk orang yang bermusafir.

Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu MUSAFIR di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

faiz-4

Ulama menggariskan panduan jamak kepada pekerja perubatan. Rata-rata kebanyakan mereka setuju, jika pesakit tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana tidak stabil atau dalam pembedahan, maka diharuskan jamak solat.

Namun, setelah ditanya dengan lebih detail berkenaan sistem shift, oncall, postcall dan berkenaan kerehatan secukupnya seorang doktor memainkan peranan penting dalam diagnosis/rawatan terhadap pesakit, adab antara doktor-doktor dan doktor-pesakit, kesihatan mental dan fizikal seorang doktor itu sendiri, kebanyakan ulama dan ustaz yang ditanya “kamu mengetahui urusan kamu sebagai doktor. Jika kamu rasa ada keperluan untuk jamak solat berdasarkan pengalaman dan penilaian kamu, tiadalah masalah jika anda menjamak, walau untuk berehat”

Most effective and usual treatment for post-call exhaustion is ADEQUATE SLEEP. This may differ for each individual but nonetheless just as important.

Saya bukanlah ahli feqah, namun setelah menggunakan prinsip di atas, ini yang telah saya amalkan sepanjang saya jadi doktor. (Maaf post ini baru saya dapat tuliskan).

1. Semasa saya houseman, jika saya ada whole-day elective operation, saya akan tengok jangkaan masa pembedahan. Jika operation dijangka lebih 3 jam dan dibuat setelah jam 12 tenghari, saya akan jamakkan solat zohor/asar. Kebiasaannya pembedahan yang lebih 3 jam akan ambil masa lebih panjang dari itu.

2. Jika pembedahan tersebut dibatalkan contohnya kerana jangkitan kerongkong (URTI), saya tidak akan ulangi solat, hanya teruskan kerja seperti biasa.

3. Sebagai MO Kecemasan, jika saya menjaga red zone/ resus:

Jika ada pesakit tidak stabil bila masuk waktu zohor, saya akan jamak takhir kepada asar setelah selesai passover round dan segala kerja (Shift Pagi  8am-3pm).

Jika pesakit tidak stabil masuk waktu maghrib, saya jamak takhir kepada isha’ (Shift Petang 3pm-10pm).

4. Jika shift red zone/resus saya pada hari jumaat:

Shift Pagi saya akan jamak takhir kepada asar, setelah selesai kerja dan passover rounds. Jika tiada pesakit atau tidak sibuk, saya solat zohor biasa.

Shift Petang saya jamak taqdim terus antara Jumaat dan Asar (2+4 rakaat) sebelum masuk kerja pukul 3pm.

5. Jika yellow zone busy, dan ia sentiasa busy, saya akan cari masa untuk solat penuh. Jika busy juga, saya lakukan seperti di atas. Jarang saya jamak ketika ditugaskan di Green zone melainkan jika saya membantu rakan di Red atau Yellow zone.

faiz-3

6. Postcall penat, walaupun dapat off. Sebagai Medical Officer Kecemasan, saya wajib stay untuk passover rounds, grand ward rounds, CME (continious medical education) sehingga waktu tengahari, ataupun terpaksa run errands sehingga masuk waktu zuhur;

Saya akan jamak taqdim zuhur dan asar (4+4) atau Jumaat dan Asar (2+4) takut terlepas waktu asar kerana lelap tidur.

Jika terlepas tidur juga sehingga luput waktu maghrib, saya jamakkan sekali juga maghrib dan isha (3+4).

Saya tidak ulangi solat jika terbangun sebelum waktu asar atau jika waktu asar masih panjang.

7. Jika saya postcall off dan tidur selepas 12pm dan sebelum masuk waktu zohor, saya jamak ta’khirkan terus dengan asar (4+4). Lagi-lagi jika saya buat lokum pada waktu petang.

8. Samalah ketika saya sebagai Houseman, postcall balik 5pm.

Jika saya mampu, saya akan solat maghrib dulu on time dan lambatkan solat isha.

Jika saya mengantuk sangat, saya akan tidur waktu asar dan jamak takhir maghrib dan isha (3+4). Kerehatan secukupnya adalah komponen penting untuk doktor berfungsi.

9. Kononnya perlu berniat jika mahu jamak takhir. Tiada asas dalam sunnah Rasulullah menurut kebanyakan ustaz. Maka tiada keperluan utk berniat-niat tersebut.

10. Jamak boleh dilakukan ketika sakit/uzur, musafir, hujan/cuaca buruk, perang/ketakutan dan keperluan lain. Asalkan jamak itu tidak dijadikan adat kebiasaan.

11. Sebagai pekerja perubatan, anda lebih tahu bidang anda, anda lebih tahu shift atau oncall anda. Jika anda merasakan ada keperluan untuk jamak solat, silakan. Tanggungjawab menjaga nyawa manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar. Allah memberi kemudahan ini supaya tidak menyusahkan tugas anda.

faiz-5

Syeikhul al-Islam Ibnu Taimiyah berkata:

“Mazhab yang paling banyak memberi keringanan menjamak solat adalah Mazhab Ahmad ibn Hanbal. Malah beliau membolehkan menjamak bagi seseorang yang sibuk bekerja, sebagaimana yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i dalam sebuah hadis marfu’ yang bersumber daripada Rasulullah SAW, hingga beliau berpendapat dibolehkan menjamak bagi tukang masak, pembuat roti dan orang-orang yang takutkan hartanya menjadi rosak.”

MENJAMAK DISEBABKAN ADANYA KEPERLUAN

Dalam Syarah Muslim, Imam an-Nawawi berkata:

“Sebilangan ulama membolehkan jamak kepada orang yang bermukim, apabila ada satu kepentingan dengan syarat perbuatan seumpama ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan.”

Dalam al-Mughni disebutkan:

“Seseorang yang sudah selesai menjamak Taqdim dua solat pada waktu pertama, kemudian ternyata uzur atau halangan tersebut tidak ada lagi setelah bersolat, sedangkan waktu solat yang kedua belum lagi tiba, maka solat jamak yang dikerjakan tadi sudah memadai dan tidak perlu lagi mengerjakan solat yang kedua jika waktunya sudah tiba.”

Maafkan kekhilafan saya, jika ada. Saya mendapat garis panduan dan saya amalkan sefaham saya. Saya share ini untuk diamalkan oleh pekerja perubatan, jika ada keperluan untuk memudahkan kerja kita yg mulia dan bertanggungjawab besar terhadap nyawa manusia ini.

Hanya Allah akan menilai amal ibadah anda.

Jika ada kesilapan di atas, minta tolong betulkan. Jika mahu share, silakan.

BACA: Di Sebalik Tragedi Yang Menimpa, Tersingkap Kepayahan Sebuah Kerjaya Bernama Doktor

BACA juga:
Luahan Rasa Doktor Yang Penat

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram