Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengumumkan peluang keemasan kepada 500 orang sukarelawan tempatan untuk berkhidmat sempena perlumbaan berprestij Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.

Acara bertaraf dunia itu dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 2 hingga 4 Oktober 2026.

Permohonan kini dibuka secara rasmi mulai hari ini, 2 September 2026 (Rabu), menerusi platform dalam talian Sistem MyProfil di bawah seliaan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Calon-calon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Berusia 18 tahun dan ke atas.

3. Sihat tubuh badan serta bebas daripada sebarang penyakit kronik.

4. Berdisiplin, berintegriti, mampu bekerja dalam kumpulan, dan mempunyai tahap toleransi yang tinggi.

5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (kebolehan bertutur dalam bahasa asing merupakan satu kelebihan).

Empat Skop Tugasan Sukarelawan F1

Sukarelawan yang terpilih bakal bertugas di bawah seliaan JBSN menerusi inisiatif Rakan Muda dan akan diamanahkan menggalas tanggungjawab dalam empat skop tugasan utama:

1. Perkhidmatan Pelanggan

2. Tiket dan Kemasukan

3. Perhubungan / Penyambut Tetamu

4. Pengurusan Kawasan MADANI

Inisiatif ini menawarkan peluang unik kepada belia tempatan untuk menimba pengalaman berharga di sebalik tabir penganjuran sukan permotoran antarabangsa.

Permohonan boleh dibuat secara terus dengan melayari portal rasmi di https://myprofil.iyres.gov.my.