Menerusi satu kenyataan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini, rakyat digalakkan beralih kepada skim Time of Use (ToU) sebagai langkah praktikal untuk menjimatkan bil elektrik, lapor Berita Harian.
Pada masa sama ia dapat memperkukuhkan kecekapan penggunaan tenaga negara dalam menghadapi ketidaktentuan harga tenaga global.
Setakat Februari lalu, seramai 128,868 pengguna telah beralih kepada skim ToU.
Melalui skim itu, pengguna menikmati kadar tarif elektrik lebih rendah pada waktu luar puncak berbanding waktu puncak — pada hari bekerja, iaitu antara jam 2 petang hingga 10 malam — dengan kadar tarif lebih tinggi.
“Perbezaan kadar ini memberi insentif kepada pengguna untuk merancang penggunaan elektrik secara lebih efisien,” kata PETRA.
Tambahnya lagi, ia menyumbang kepada penggunaan tenaga lebih cekap dan mampan.