Sebut mengenai Spider-Man pasti orang ramai mengetahuinya. Berjaya mengumpul kanak-kanak sehingga dewasa sejak berpuluh tahun membuatkan adiwira ini kekal ikonik.

Terbaharu, CASETiFY selaku pengeluar casing yang semakin meningkat naik serta menjadi pilihan orang ramai serta para selebriti mengumumkan kolaborasi bersama Spider-Man.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya mengenai kolaborasi bersama adiwira Marvel ini, casing yang dikeluarkan ini hadir dengan dua watak iaitu Spider-Man dan juga Venom.

Bukan itu sahaja, para pengguna juga turut berpeluang memilih casing CASETiFY x Spider-Man ini dengan pemilihan jenis casing yang berbeza terdiri daripada CASETiFY signature Impact, Ultra Impact, Mirror, Clear, dan Bounce.

Casing yang ditawarkan tidak hanya ditawarkan secara eksklusif buat model iPhone, malah turut ditawarkan bagi model keluaran Samsung dan Google.

Buat pengguna yang turut mahukan casing bagi aksesori Apple, CASETiFY turut menawarkannya menerusi model AirPod, AirPod Pro, AirPod Max, AirTag, MacBook, dan iPad.

Sekiranya anda berminat serta mahu menyerikan lagi model telefon pintar anda bersama casing Spider-Man, anda boleh dapatkannya dengan klik di sini.