CASETiFY merupakan jenama terkemuka yang menawarkan pelbagai rekaan casing yang cukup menarik buat para pengguna. Selain memiliki rekaan tersendiri, mereka juga ada menawarkan beberapa koleksi khas yang tersedia dalam jumlah terhad untuk dimiliki.
Menariknya, CASETiFY pada kali ini mengumumkan koleksi terbaharu hasil kolaborasi bersama jenama Nothing untuk menjadikan peranti anda tampak lebih unik.
Baca Juga:
- CASETiFY Lancarkan Koleksi Terbaru Dengan Kolaborasi Bersama Spider-Man
- CASETiFY Kembali Bergabung Bersama Pokémon Company Untuk Koleksi ‘Pokédex’
- The Pokemon Company x CASETiFY Perkenalkan Aksesori Buat Barangan Apple
Melalui kolaborasi ini, kedua-dua syarikat ini memperkenalkan empat rekaan casing khas dengan mempamerkan rekaan ikonik telefon Nothing yang mempunyai panel belakang lutsinar bersama lampu glyph untuk siri model iPhone 14 dan iPhone 15.
Kesemua casing eksklusif ini ditawarkan pada bermula harga $65 (~RM307) dan paling mahal boleh mencecah $90 (~RM428) menerusi laman rasmi CASETiFY.
Selain memiliki rekaan estetik padanya, mereka juga menyatakan bahawa casing ini mempunyai perlindungan yang bagus dan lebih ringan.
Semua ini boleh dibuat memandangkan peranti Nothing sendiri berkongsi rekaan dan saiz yang hampir sama dengan iPhone yang ada di dalam pasaran hari ini. Malah, anda boleh menggunakan pengecas MagSafe sewaktu memakai casing kerana sudah diiktiraf.