Seorang juruwang di sebuah pasaraya di dalam pusat membeli-belah cedera di bawah mata selepas pelanggan wanita menumbuk mukanya di hadapan khalayak ramai.

Menurut laporan polis dibuat, kejadian tersebut berlaku pada 9 Mac, Sabtu lalu, kira-kira pukul 3.17 petang.

Baca Juga:

Semasa kejadian itu berlaku, rakaman CCTV menunjukkan pelanggan wanita berada di kaunter untuk membuat pembayaran. Kemudian wanita berkenaan ingin memulangkan salah satu barangan yang dibelinya.

Bagaimanapun juruwang itu meminta wanita terbabit untuk tunggu sebentar kerana barangan tersebut telah masuk ke dalam sistem.

Tidak semena-mena, pelanggan itu memarahi juruwang dengan nada tinggi di hadapan khayalak ramai. Kemudian suami wanita itu masuk ke dalam pasaraya, lalu wanita terbabit menumbuk di bahagian kanan bawah mata cashier berkenaan.

Tindakan wanita itu turut dilihat oleh anak lelaki kecilnya, serta pelanggan lelaki yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran.

“Laporan sudah dibuat, tunggu tindakkan daripada polis. Maruah saya tercalar ya sebagai seorang juruwang bila pelanggan buat seperti ini di hadapan orang ramai.

“Sedangkan itu salah sendiri. Kalau setakat gaduh mulut, boleh terima lagi. Tapi awak siapa untuk naik tangan dekat muka saya?” ujar jurawang tersebut.

Menerusi komen-komen dikongsikan netizen, ramai mengecam tindakan pelanggan wanita terbabit yang melenting secara tiba-tiba dan menggunakan kekerasan terhadap juruwang itu.

Warganet turut berasa geram melihat suaminya yang tidak memberikan sebarang reaksi semasa kejadian tersebut berlaku. Lalu mereka semua keluar begitu sahaja dari pasaraya.

Dalam masa sama, netizen memuji juruwang tersebut yang profesional kerana terus melayan pelanggan seterusnya yang mahu membuat pembayaran.

Menerusi satu kemas kini kes tersebut, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi berkata, laporan berhubung kejadian tersebut sedang disemak.