Casio sekali lagi bersama manga terkemuka Jepun, Neon Genesis Evangelion menghasilkan kolaborasi khas untuk model G-Shock DW-6900.
Kolaborasi ini adalah sebahagian daripada koleksi khas Casio untuk ulang tahun ke-25 model DW-6900. Model ini adalah sebahagian daripada siri RADIO EVA dan menggunakan gabungan warna ikonik siri ini iaitu hitam, ungu dan hijau.

Selain rekaan khas pada kotak, ukiran mecha ikonik Evangelion turut terdapat di bahagian belakang jam ini. Model ini dijangka terjual pada harga 22,000 Yen (~RM875) dan cuma akan berada di pasaran pada bulan Ogos.
Sebelum ini, pihak Casio Malaysia telah mengesahkan koleksi G-Shock x One Piece akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Baca lagi di sini.
Casio Malaysia Sahkan Bakal Bawa Masuk Koleksi G-Shock x One Piece
Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ