Castrol Malaysia melancarkan program eHailing Heroes, sebuah inisiatif selama 12 bulan yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM).

Program ini bertujuan membantu pemandu e-hailing mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan di samping memastikan perjalanan penumpang yang lebih lancar menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Akbal Setia, Pengarah Kanan Pengiklanan dan Digital Tourism Malaysia merangkap Ketua Urus Setia VM2026, dalam satu sidang media baru-baru ini.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Castrol Bawakan Solusi Servis Bersubsidi Khas Buat 3,000 Pemandu E-Hailing
Sumber Gambar: Castrol Malaysia
Sokongan Fasa Pertama dan Baucar Penyelenggaraan

Pada fasa pertama, program ini menyasarkan sokongan kepada 3,000 kenderaan e-hailing, bermula di sekitar Lembah Klang. Antara manfaat yang ditawarkan termasuk:

1. Penyelenggaraan bersubsidi menggunakan minyak enjin Castrol MAGNATEC.

2. Penjenamaan kenderaan dan akses ke rangkaian bengkel Castrol Auto Service di seluruh negara.

3. e-Baucar Perkhidmatan Castrol MAGNATEC bernilai RM80 (merangkumi minyak enjin, penapis minyak, dan kos upah) bagi pemandu yang melengkapkan jarak pemanduan terbukti sebanyak 8,000 kilometer.

Memperkasakan Imej Pelancongan Negara

Pemandu e-hailing memainkan peranan barisan hadapan yang penting dalam menyambungkan pelancong ke pelbagai destinasi seperti lapangan terbang, hotel, pusat beli-belah, dan tapak warisan.

Encik Mohd Akbal Setia menegaskan bahawa pelaburan terhadap kebajikan pemandu e-hailing secara tidak langsung memperkasakan imej pelancongan Malaysia, kerana pengalaman perjalanan yang selesa dan selamat membentuk persepsi positif pelawat terhadap negara.

Perlindungan Enjin Terbaik untuk Pemanduan Bandar
Bagi pemandu e-hailing, kenderaan merupakan sumber rezeki utama yang kerap berdepan dengan pemanduan kerap berhenti (stop-start), kesesakan lalu lintas, dan jarak perbatuan yang tinggi.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Castrol Bawakan Solusi Servis Bersubsidi Khas Buat 3,000 Pemandu E-Hailing
Sumber Gambar: Castrol Malaysia

Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia, Gan Wee Kiong, menjelaskan bahawa Castrol MAGNATEC dipilih khas kerana teknologinya mampu memberi 50% perlindungan lebih baik daripada kehausan enjin semasa proses pemanasan dan penghidupan semula (warm-up and restart wear).

Sementara itu, Presiden 4PAM, Ajit Johl, turut menyambut baik usaha ini dan menyatakan bahawa bantuan kos penyelenggaraan ini bukan sahaja mengurangkan beban pemandu, malah meningkatkan keyakinan dan keselamatan penumpang.

Tawaran Diskaun Tambahan & Pendaftaran

Sebagai sokongan tambahan kepada semua pemilik kenderaan, Castrol juga bakal menawarkan diskaun 10% bagi rangkaian minyak enjin kereta penumpang bermula Ogos ini.

Pemandu e-hailing yang berminat boleh mendaftar segera untuk menyertai program ini melalui laman web rasmi di sini.