Catopia merupakan sebuah ruang rekreasi khusus untuk kucing, yang dibina oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Tujuan utama untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terkawal bagi kucing meneroka, bermain dan bersenam.
Baca Juga:
- Kenapa Ramai Ibu Bapa Melayu Pilih SJKC? Ini Jawapan Penganalisis Politik Singapura
- Ibu Bapa Ini Tak Restu Anak Kahwin, Gaji Teman Lelaki Hanya RM1800
- Lelaki Ini Anggap Ibu Bapa Hantar Anak Semata Mata Kutip Duit Raya Dari Rumah ‘Stranger’ Sebagai Sindiket
Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pemilik kucing membawa haiwan peliharaan mereka keluar dalam cara yang terurus, sekali gus menyokong kesejahteraan fizikal dan mental kucing.
Bagaimanapun baru-baru ini salah seorang pengunjung mendapati fasiliti yang dibina untuk kucing, telah digunakan oleh kanak-kanak sebagai taman permainan.
@keepitriyal CATOPIA IS NOT FOR KIDS! 🚫 Parents, Stop Letting Kids Play in Catopia! 🐱🚸 | Shah Alam Cat Playground Warning 🚫 Dear parents, please do not let your children play in Catopia Taman Kucing, Shah Alam. This beautifully designed space is meant for cats only, not kids! 🎥 In this video, we explain why Catopia is not safe for children: No stair railings 🪜 Elevated platforms with minimal guardrails ⚠️ Hard surfaces not padded for human falls 🚫 Resident cats feel disturbed and unsafe 😾 There are two proper children’s playgrounds right next door—please use those instead and leave Catopia for the cats. 📍 Location: Catopia Taman Kucing, Shah Alam, Malaysia 📢 Message: Let’s respect cat spaces and keep our kids safe! 💬 Comment below: Have you seen this happen in your area too? 🔔 Don’t forget to like, subscribe, and hit the bell icon to stay updated with more community awareness videos.
Menerusi video yang dikongsikan TikTok @keepitriyal, ada segelintir kanak-kanak yang memanjat rumah kucing, kemudian berjalan melalui jambatan kucing yang ada di situ.
Menurut @keepitriyal ada beberapa sebab fasiliti taman kucing itu tidak sesuai digunakan kanak-kanak untuk bermain.
Antaranya tiada pemegang tangga, platform tinggi dengan pagar penghadang yang minimum, permukaan keras tanpa lapisan pelindung yang boleh menyebabkan kecederaan.
Pada masa sama tindakan kanak-kanak bermain di situ menganggu ketenteraman kucing-kucing yang dibawa pengunjung.
Kucing bertambah stres bila ada kanak-kanak di Catopia
Dalam pada itu, ada sebahagian pemilik kucing berkongsi pengalaman buruk apabila berada di Catopia.
Ada mendakwa kucing mereka diganggu oleh kanak-kanak, siap baling batu.
Difaham terdapat taman permainan untuk kanak-kanak berhampiran Catopia.
Ibu bapa diminta membawa kanak-kanak ke sana untuk melakukan aktiviti beriadah.