Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @faiizaizat berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai anak jirannya telah memanjat bumbung kereta milik ahli keluarganya.

Menerusi satu ciapan, pengguna Twitter itu meluahkan kekecewaannya apabila ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut gagal untuk memastikan anak mereka tidak bertindak luar kawalan dimana boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/faiizaizat/status/1635589344470892544

Difahamkan adik kepada pengguna Twitter itu telah bertindak memarahi kanak-kanak tersebut ketika kejadian berlaku. Tambahnya, sepatutnya ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka apa yang boleh dilakukan ataupun tidak serta mengajar mereka adab.

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen dan segelintir netizen berpendapat tindakan budak kecil itu tidak patut kerana boleh merosakkan harta benda orang. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan bahawa ibu bapa sepatutnya memantau anak-anak mereka dan mengajar adab berjiran.

Ada juga netizen yang mengatakan budak kecil itu melampau kerana memanjat kereta orang sesuka hati dan meminta agar pemilik video berjumpa dengan ibu bapa budak itu agar dapat menasihati anak mereka.

Akan tetapi, ada netizen yang berpendapat untuk ‘pejam mata’ sahaja kerana mereka masih kecil tetapi dibidas ramai orang kerana dari kecil perlu dibentuk agar mempunyai sikap yang baik kelak. Malah, segelintir netizen juga berkongsi pernah berdepan situasi sama mempunyai anak jiran yang nakal.