CBF umum Carlo Ancelotti sebagai pengurus baharu Brazil. Sebelum ini Carlo Ancelotti sudah dikaitkan dengan Brazil sejak beberapa tahun lalu.

Namun begitu Carlo Ancelotti kekal di Real Madrid setelah membantu kelab itu menjuarai UCL.

Musim ini, tekanan memuncak pada Ancelotti selepas Real Madrid terlepas UCL dan semakin hampir terlepas gelaran La Liga kepada Barcelona.

Real Madrid mahu menggantikannya dengan Xabi Alonso yang akan meninggalkan Bayer Leverkusen akhir musim ini.

Beberapa minggu lalu, Real Madrid menawarkan Ancelotti pakej penamatan kontrak secara persetujuan bersama. Dengan syarat, Ancelotti melepaskan jawatannya.

ancelotti pengurus baharu brazil
FILE PHOTO: Soccer Football – FIFA Club World Cup – Semi Final – Al Ahly v Real Madrid – Prince Moulay Abdellah Stadium, Rabat, Morocco – February 8, 2023 Real Madrid coach Carlo Ancelotti before the match REUTERS/Susana Vera

Dia akan terus menerima gajinya sehingga kontraknya tamat. Dan dia akan menjadi duta sepanjang hayat kelab itu.

Ancelotti kemudian memberitahu dia mahu menyertai Brazil. Niatnya itu ditentang Florentino Perez yang menegaskan bahawa, Ancelotti tidak boleh menyertai pasukan lain tanpa sebarang bayaran perpindahan.

carlo

Ini kerana dia masih ada kontrak dengan Real Madrid.

Kedua dua pihak dikatakan agak tegang dalam perkara tersebut. Dan akhirnya kini CBF tampil mengumumkan Ancelotti sebagai pengurus baharu Brazil.

Konflik Perez Dan Carlo Ancelotti: Ini Yang Kami Fahami Setakat Ini

Ini menjadikan Ancelotti sebagai pengurus luar Brazil pertama yang mengendalikan skuad kebangsaan paling berjaya di dalam sejarah itu.

Ancelotti pengurus baharu Brazil

CBF dalam kenyataan rasminya berkata: “Pasukan kebangsaan terhebat dalam sejarah bola sepak kini akan diketuai oleh jurulatih paling berjaya di dunia.

“Carlo Ancelotti, yang sinonim dengan pencapaian bersejarah, telah diumumkan pada hari Isnin (12 Mei) oleh presiden CBF, Ednaldo Rodrigues, sebagai jurulatih baharu Brazil.

De Paul guimaraes
Brazil’s midfielder Bruno Guimaraes (L) and Argentina’s midfielder Rodrigo De Paul fight for the ball during the 2026 FIFA World Cup South American qualification football match between Brazil and Argentina at Maracana Stadium in Rio de Janeiro, Brazil, on November 21, 2023. (Photo by CARL DE SOUZA / AFP)

“Beliau akan mengetuai Brazil sehingga Piala Dunia 2026 dan akan mula melatih pasukan itu dalam dua perlawanan kelayakan seterusnya menentang Ecuador dan Paraguay bulan depan.

“Membawa Carlo Ancelotti untuk memimpin Brazil adalah lebih daripada satu langkah strategik. Ia adalah satu kenyataan kepada dunia bahawa kami bertekad untuk merampas semula tempat teratas di podium.

“Beliau adalah jurulatih terhebat dalam sejarah dan kini beliau mengetuai pasukan kebangsaan terhebat di planet ini. Bersama-sama, kita akan menulis bab baharu yang gemilang untuk bola sepak Brazil,” kata Ednaldo Rodrigues, presiden CBF.