Selain selesa, antara kriteria mencari rumah sewa adalah harga yang murah dan memiliki pelbagai kemudahan. Ketika ini, belum semua orang mampu untuk membeli rumah mereka sendiri.
Terbaharu, iklan harga rumah sewa di Pantai Permai yang diiklankan dalam ‘Facebook group Rumah/ Bilik Sewa kuala Lumpur Dan Selangor (Kl/Sel) Sewa Jual Beli‘ jadi bualan ramai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat sewa bulanan rumah flat PPR di Perumahan Pantai Permai itu bernilai RM1,400. Lebih mengejutkan apabila rumah tersebut disewakan kosong tanpa perabot.
Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat harga yang diiklankan kerana dirasakan mahal untuk flat PPR dan lebih berbaloi menyewa di kondominium dimana harga sama.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan harga yang diiklankan tidak masuk akal kerana ia hanyalah flat PPR dan tiada kemudahan seperti kondominium serta rumah tersebut kosong bukannya ‘fully furnished’.
Sementara itu, kami kongsikan antara iklan bilik sewa yang tidak masuk akal pada pautan di bawah ini.
‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai
Mahal Dan Sempit, Bilik Stor Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1,515