Tular satu rakaman video sekumpulan ‘mat motor’ kelam-kabut menghentikan motosikal di tengah-tengah lebuh raya selepas mendapati ada roadblock dibuat oleh penguatkuasa di laluan tersebut.
Mereka ‘lebih berani’ lagi apabila sanggup berkumpul di laluan paling kanan untuk mengangkat motosikal masing-masing melepasi pembahagi konkrit ke laluan sebelah untuk ‘menyelamatkan diri’.
Baca Juga:
- Tidak Lepas Menyelit, Kepala ‘Mat Motor’ Nyaris Digilis Rakan Sekonvoi
- Penunggang Motosikal Pura-Pura Pengsan Elak Disaman Polis
- Ketua Polis KL Sahkan ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ Disaman Tiada Lesen Memandu
https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1583753903002112002?s=46&t=lyVnN47gLd1sjmVSQZWadQ
Tindakan kumpulan ‘mat motor’ terbabit telah mendapat kecaman teruk daripada netizen. Gara-gara takut dengan sekatan jalan raya, mereka sanggup membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan memberhentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya dan berkumpul di pembahagi konkrit untuk mengangkat motosikal masing-masing.
Ada juga sebahagian daripada ahli konvoi itu mengambil ‘jalan lebih mudah’ dengan melawan arus di laluan kecemasan supaya dapat mengelakkan diri daripada melalui roadblock di hadapan mereka.



Aku pernah kena, dekat bandar KL, naik motor berdua dengan member perempuan, masa tu malam, geng2 motor cucuk rapat motor ktorang sambil catcall. Tiba2 nampak banyak motor berenti tepi, termasuk la motor yang catcall ktorang tu. Rupanya depan ada roadblock hahahaha https://t.co/6H4NqgAZoX
— nadia (half girl, half book) 🇲🇾 (@MiraNaddd) October 23, 2022
Tiada info lanjut di mana kejadian dalam klip video yang tular itu berlaku. Bagaimanapun orang ramai berharap tiada lagi perkara-perkara berbahaya seperti itu berulang lagi pada masa hadapan.
Terdahulu ada kepala seorang ahli konvoi motosikal nyaris digilis rakan sekonvoi apabila mangsa terbaring di atas lebuh raya sejurus gagal menyelit lalu merempuh belakang sebuah kereta.