Vishal Garg, seorang CEO yang mencipta kontroversi baru-baru ini apabila memecat 900 kakitangan beberapa minggu sebelum perayaan Krismas telah dilaporkan mengambil ‘cuti dari kerja dengan serta-merta’. Dia yang berumur 43 tahun telah memecat 9% pekerja Better.com pada satu panggilan Zoom.
Dia memberitahu mereka, “Ini bukan berita yang anda ingin dengar. Jika anda menerima panggilan ini, anda adalah sebahagian daripada kumpulan malang yang diberhentikan kerja. Anda ditamatkan kerja, berkuat kuasa serta-merta.’
Disebabkan kekecohan yang telah berlaku, kini keadaan mula berubah 360 darjah. Tanggungjawab yang diberikan kepada Garg kini sudah diserahkan kepada pembantunya. Dia kini diberikan cuti serta merta oleh lembaga pengarah Better.com yang menghantar emel kepada pekerja memberitahu bahawa mereka akan kesali dengan apa yang terjadi ‘dan Vishal akan mengambil cuti berkuat kuasa serta-merta’.
Dalam email yang dilaporkan oleh VICE, ia berkata, “Lembaga Pengarah telah menghubungi firma bebas untuk melakukan penilaian untuk kepimpinan dan budaya. Cadangan penilaian ini akan diambil kira untuk membina budaya mampan dan positif jangka panjang di Better.”
Tidak jelas sama ada Garg dipaksa mengambil cuti atau dia sendiri yang menawarkan dirinya untuk berundur demi reputasi syarikat.
Pada hari kejadian, Garg pada asalnya memberitahu pekerjanya bahawa mereka telah dipecat atas sebab kewangan. Dia memberitahu dalam panggilan Zoom tersebut, “Ini adalah kali kedua dalam kerjaya saya lakukan perkara ini dan saya tidak mahu melakukan ini. Kali terakhir saya melakukannya, saya menangis. Kali ini, saya berharap untuk menjadi lebih kuat.’
Namun ketika wawancara dengan beberapa media lain, Garg mengeluarkan kenyataan tidak seperti apa yang beliau canangkan, “Sekurang-kurangnya 250 orang yang diberhentikan bekerja secara purata dua jam sehari manakala mencatat masa lapan jam+ sehari dalam sistem gaji.” Dia juga tetap dengan keputusannya apabila dia memberitahu majalah Fortune, “Sebilangan pelanggan tidak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya’.
Ketua Pegawai Eksekutif itu dilaporkan mengekalkan nada keras yang sama apabila dia membincangkan perkara itu dengan pekerjanya yang lain, di mana dia memberitahu mereka, “Anda tidak akan dibenarkan gagal dua kali. Anda akan digalakkan untuk gagal sekali. Tetapi tidak dibenarkan gagal dua kali.”
Garg dan syarikatnya yang berpangkalan di Manhattan bernilai £5.3 bilion, berdepan serangan dari komuniti antarabangsa selepas video beliau memecat 900 pekerja melalui panggilan Zoom tular. Garg juga akui sebenarnya beliau boleh menggunakan nada yang berbeza. Garg malah meminta maaf kepada kakitangannya sambil berkata, “saya gagal menunjukkan sikap hormat dan penghargaan yang sewajarnya untuk individu yang terjejas dan atas sumbangan mereka kepada Better’.
Wanita yang dipecat kerana belasah pencuri ditawar kerja oleh Presiden UFC. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Wanita Yang Dipecat Kerana Belasah Pencuri Ditawar Kerja Oleh Presiden UFC
Bekas Pekerja Kongsi Budaya Kerja Tidak Sihat Sepanjang Di Tesla