Sebut mengenai NVIDIA, pasti ramai yang cukup tahu di mana jenama popular Amerika Syarikat ini merupakan syarikat yang aktif mengeluarkan kad grafik serta memfokuskan kepada artificial intelligence (AI).

Kenakan saham ini seiring dengan kemajuan AI membuatkan ramai mata tertumpu kepada CEO, Jensen Huang yang hebat menguruskan hala tuju syarikat.

Dalam pada itu, menerusi temu bual terbaru, Jensen Huang didapati mengeluarkan kenyataan yang berbeza daripada para usahawan lain dengan memaklumkan kanak-kanak pada masa kini tidak perlu lagi membelajari subjek pengaturcaraan.

Menurut Jensen Huang, beliau berpendapat kemajuan AI sudah mempu membantu orang ramai serta kanak-kanak dalam bidang pengaturcaraan. Selain itu, AI sudah mampu mengambil alih tugas pengaturcaraan daripada manusia.

Jensen Huang  memaklumkan adalah lebih baik sekiranya ibu bapa menyiapkan kanak-kanak pada masa kini industri yang diperlukan ramai seperti perubatan, biologi, pengeluaran, agrikultur dan sebagainya.

Melihat kepada kemajuan AI pada masa kini, tidak mustahil teknologi ini boleh terus berkembang sekaligus memudahkan pengguna untuk menghasilkan sistem asas dan sebagainya tanpa memerlukan pengetahuan yang mendalam.

Jensen Huang walau bagaimanapun tidak menafikan pengaturcaraan masih lagi kemahiran yang sangat berguna dan tidak menjadi kesalahan untuk golongan muda mahupun dewasa menguasainya.

Walaupun begitu, beliau juga mengatakan bahawa untuk masa ini, pengaturcaraan masih lagi sebuah kemahiran yang sangat berguna untuk masa ini, dan tidak salah untuk orang muda ataupun dewasa untuk mempelajarinya untuk menambah ilmu ataupun memperbaiki proses di tempat kerja.

Sumber