Seorang lelaki miskin bertemu dengan seorang gadis kaya dan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Si gadis pulang ke negaranya, si lelaki berjanji untuk melawatnya. Masa berlalu silih berganti tapi dia masih struggle untuk berjumpa dengan si gadis. Dia mengambil keputusan untuk menunaikan janjinya dengan melakukan satu perjalanan merentasi 8 buah negara untuk berjumpa dengan cinta hatinya.
Ini bukan kisah filem Bollywood akan datang walaupun ia nampak sepertinya. Ini ialah kisah Dr. Pradyumma Kumar Mahanandia dari India dan Charlotte Von Schedvin dari Sweden dan sememangnya ia mempunyai elemen-elemen filem Bollywood – emosi, drama, dan cinta.
Kisah romantis PK ini bukti kalau sudah jodoh tak akan kemana.
Dilahirkan pada 1949 dalam sebuah keluarga miskin di Odisha, Dhenkanai, PK ialah seorang artis yang berbakat. Walau bagaimanapun, keluarganya tidak mampu untuk membiayai pelajarannya. Disebabkan sistem kasta, dia sering menjadi ejekan orang lain. Pada tahun 1971, dia menyertai College of Art di New Delhi dan mula mencipta populariti hasil karya portretnya.
Pada 1975, seorang pelajar 19 tahun di London, Charlotte Von Sledvin pergi ke India untuk membuat potretnya selepas mendengar tentang PK. Sudah ditakdirkan mereka jatuh cinta ketika PK sedang menyiapkan potret Charlotte.
Charlotte menggunakan nama India Charulata dan mereka berkahwin mengikut adat orang India.
Apabila sudah sampai masa Charlotte perlu pulang, dia meminta suaminya untuk ikut bersama. Namun, PK masih seorang pelajar dan mahu menamatkan pengajiannya. PK turut menolak tawaran isterinya yang mahu memberikan tiket kapal terbang. PK mahu bertemu dengan Charlotte dengan usaha sendiri. Selepas isterinya pergi, mereka berdua berhubung melalui surat.
Cinta yang ada pada PK terlalu kuat dan dia mahu menunaikan janjinya. Tapi realiti tidak mudah seperti yang dibayangkan. Tanpa duit ia menyukarkan PK untuk bertemu isterinya. Tapi dia tidak mudah putus asa. Dia menjual semua barangnya dan membeli sebuah basikal terpakai dan memulakan perjalanan ke barat merentasi 8 buah negara pada tahun 1978. Dia hanya membawa alatan melukis dan lukisannya bersama.
Dia sampai di Amritsar dari New Delhi sebelum memasuki Afghanistan, Iran, Turkey, Bulgaria, Yugoslavia, Germany, Austria dan Denmark. Basikalnya rosak beberapa kali ketika dalam perjalanan dan dia kehabisan makanan untuk beberapa hari namum semua itu tidak mematahkan semangatnya.
Selepas 4 bulan dan 3 minggu berkayuh, dia akhirnya sampai ke Gothernburg, Sweden.
Pada masa itu tidak banyak negara memerlukan visa untuk masuk. Ketika sampai di Sweden, dia disoal oleh pegawai imigresen yang terkejut melihat seorang lelaki datang dari India dengan basikal. PK memberi tahu mereka sebab kedatangannya dan menunjukkan gambar perkahwinannya dengan Charlotte.
Pihak berkuasa terkejut dan tidak menyangka yang seorang kerabat diraja dari Eropah berkahwin dengan seorang lelaki miskin di India.
Terkejutnya dengan berita tersebut, PK ragu-ragu sama ada Charlotte akan menerima cintanya atau tidak.
Apabila Charlotte mendapat tahu tentang khabar seorang lelaki India yang kayuh basikal ke Sweden selama hampir 5 bulan, dia memandu ke Gothernburg untuk berjumpa suaminya dengan penuh rasa gembira. Ibu bapanya menerima PK sebahagian daripada keluarga mereka dan memecah tradisi diraja yang menghalang orang bukan kulit putih tinggal bersama orang bangsawan.
Selepas 40 tahun perkahwinan, Dr PK Mahanandia bertugas sebagai Ambassador Odiya Cultural India ke Sweden dan tinggal bersama isterinya dan dua orang anak di Sweden. Orang kampungnya menyambut kedatangannnya dengan meriah sekali setiap kali dia membuat lawatan.
Pradyumna sangat dikenali di Sweden sebagai seorang artis dan bekerja sebagai penasihat Seni dan Budaya, di bawah kerajaan Sweden. Kerajaan Sweden juga telah membuat satu filem untuk menghargai kisah cinta agung mereka.
Lukisan-lukisan PK telah dipamerkan di bandar-bandar besar seluruh dunia termasuk digunakan untuk kad ucapan UNICEF.
Pada 4 Januari 2012, dia telah dianugerahkan doctorate degree (Degree of Honoris Causa) dari Utkal University of Culture (UCC) di Bhubaneshwar, Odisha, India.
Pembuat filem terkenal Bollywood Sanjay Leela Bhansali sedang dalam perancangan untuk menghasilkan filem berdasarkan kisah cinta PK Mahanandia dan Charlotte.
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram