Jenama fesyen mewah Chanel baru-baru ini tewas dalam kes mahkamah berkenaan dakwaan peniruan logo mereka oleh jenama HUAWEI. Menurut Chanel, satu logo yang dikeluarkan HUAWEI adalah ‘sangat mirip’ dengan logo ikonik double C mereka.
Mahkamah Kesatuan Eropah di Luxembourg telah menolak kes Chanel pada Rabu lalu dan berpihak kepada HUAWEI. Mahkamah berpendapat logo yang digunakan oleh jenama telco dari China itu sangat berbeza dan mempunyai perbezaan ketara berbanding logo ikonik Chanel.
https://twitter.com/TheFashionLaw/status/1384854571705675780
“Mahkamah telah menolak kes yang diusulkan oleh Chanel berkaitan pendaftaran logo HUAWEI kerana logo yang menjadi isu adalah tidak mirip antara satu sama dan lain,” kenyataan daripada mahkamah.
Ketegangan antara kedua-dua syarikat bermula sejak September 2017 apabila HUAWEI Technologies telah menghantar permohonan untuk mendaftar logo kepada EU Intellectual Property Office (EUIPO) untuk peralatan komputer mereka.
Namun pada Disember 2017, Chanel telah menghantar notis ke EUIPO menyatakan logo berkenaan mirip dengan logo ikonik Chanel dan pada hemat mereka boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna.
Pada November 2019 EUIPO telah menolak permohonan Chanel dan berkata kedua-dua logo itu tidak sama dan tidak akan menyebabkan sebarang kekeliruan.
Ini beberapa kes lain yang mirip dengan kes ini. Baca lagi pada pautan di bawah.
Jenama Kasut Indonesia, Ventela Tepis Dakwaan Rekaan Logonya Tiru Vans