Sejak populariti ChatGPT kian meningkat, semakin banyak syarikat teknologi memberi fokus kepada kecerdasan buatan kerana dilihat bakal digunakan orang ramai. Perkara ini sekaligus menarik perhatian tokoh-tokoh terkemuka dunia yang turut memberikan pendapat mereka berkenaan chatbot ini.
Menurut Bill Gates, beliau menyifatkan ChatGPT sebagai chatbot yang bertindak balas terhadap pertanyaan pengguna. Beliau mendakwa bahawa respon daripada ChatGPT menyerupai manusia yang bakal membawa masalah besar.
Baca Juga:
- Didakwa Lebih Hebat Berbanding ChatGPT, Microsoft Memperkenalkan Bing Dengan Integrasi AI Terkini
- Mahu Bersaing Dengan ChatGPT, Google Sedia Lancarkan ‘Bard’
- Gara-Gara Kehadiran ChatGPT, Individu Ini Jangka Google Mungkin ‘Jatuh’ Dalam Tempoh Dua Tahun Lagi
Malah, beliau menyamakan pembangunan itu itu sama pentingnya dengan pembangunan internet. Bagaimanapun, secanggih mana pun kecerdasan buatan ini masih tidak dapat menggantikan tugas manusia. Malah, AI hanya mampu meningkatkan efisiensi tugasan seharian sahaja.
“Setakat ini, AI boleh membaca dan menulis tetapi tidak dapat memahami kandungannya. Program baharu seperti ChatGPT akan meningkatkan kecekapan banyak tugas pejabat dengan membantu menulis invois atau e-mel. Ini akan mengubah dunia kita,” katanya dalam satu komen.
Syarikat kecerdasan buatan (AI) AS, OpenAI yang membangunkan ChatGPT telah dinobatkan sebagai aplikasi pengguna yang paling pesat. Malah, Microsoft sendiri telah melabur sebanyak RM43.3 bilion di dalam OpenAI pada Januari lalu.