Menyebut tentagn Chatime, mungkin ramai yang sudah cukup kenai dengan jenama air minuman yang terkenal dengan menu bubble milk tea. Pada minggu ini, selepas beberapa tahun beroperasi di Malaysia jenama ini berjaya mendapatkan menerima Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan kenyataan Aliza Ali selaku Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, penganugerahan sijil halal yang diterima sekaligus dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dikeluarkan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

29496597_234849240395819_897792903610084435_n

Selain itu, langkah yang dibuat ini bertepatan dengan strategi syarikat ini untuk berkembang ke peringkat antarabangsa khususnya Asia Barat.

Dari segi persaingan, syarikat ini turut mengatakan pengiktirafan ini secara tidak langsung dapat membezakan pengguna diantara Chatime dan Tealive. Bahan yang digunakan Chatime Malaysia juga dikatakan berbeza berbanding pesaingnya.

28783536_1632490533467248_830841662266671104_n

 

Dengan adanya pengsahan sijil halal daripada jakim maka hilanglah skeptikal pengguna terhadap jenama ini. Berdasarkan pilihan pelbagai yang ditawarkan Chatime Malaysia, menu manakah yang berjaya menjadi pilihan anda sehingga kini?