Pempengaruh Chazzynash Chazynash, tampil mengeluarkan kenyataan terbuka selepas mendakwa dirinya mengalami tekanan emosi berpanjangan akibat gangguan, fitnah serta provokasi yang berterusan daripada bekas isterinya, Fatin Morat, dan beberapa pihak lain sejak Mei 2025.

Ada yang sanggup mencipta akaun palsu / fake account, semata mata mahu menfitnahnya.

Antara fitnah yang diterimanya termasuk menuduhnya sebagai ayah yang tidak bertanggungjawab dan memberikan nafkah anak cuma RM1,800.

Chazynash kemudian mendedahkan bahawa dia telah memberikan nafkah anak anak sebanyak RM8,200 sebulan yang turut merangkumi tempat tinggal, kereta, pendidikan, makan, minum, barangan dapur, insurans, internet, bil elektrik, bili air, penapis air dan juga pemandu peribadi untuk memudahkan urusan anak anak ke sekolah.

Tidak cukup dengan itu, atas dasar tanggungjawab dan ihsan, Chazynash memberikan wang hadiah RM100,000 kepada bekas isteri sebagai duit mutaah.

'Saya Tanggung Nafkah Anak RM8,200 Sebulan,' - Chazynash Tertekan Difitnah Bekas Isteri, Terpaksa Tarik Balik Pemberian Mutaah

Menurut Chazynash, niat utamanya hanyalah untuk menjalani kehidupan yang tenang bersama bakal isteri dan anak-anak, namun hasrat tersebut didakwa sering terganggu apabila isu lama kembali dimainkan di media sosial, termasuk tuduhan kecurangan serta penyebaran fitnah melalui akaun palsu.

'Saya Tanggung Nafkah Anak RM8,200 Sebulan,' - Chazynash Tertekan Difitnah Bekas Isteri, Terpaksa Tarik Balik Pemberian Mutaah

Dia turut mendakwa bahawa imej dirinya sering digambarkan secara negatif ketika bekas isterinya melakukan siaran langsung di TikTok, sehingga masyarakat melabelnya sebagai culas nafkah dan bapa tidak bertanggungjawab.

Hakikatnya, Chazynash menegaskan bahawa dia telah menunaikan nafkah anak-anak sepenuhnya, termasuk menyediakan kediaman, kenderaan, utiliti serta pemberian mutaah.

Chazynash mendakwa keadaan menjadi tegang selepas dia tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung nafkah, sekali gus menyebabkan simpati orang ramai mula beralih. Susulan itu, isu lama kembali dibangkitkan dan tekanan terhadap dirinya semakin meningkat.

'Saya Tanggung Nafkah Anak RM8,200 Sebulan,' - Chazynash Tertekan Difitnah Bekas Isteri, Terpaksa Tarik Balik Pemberian Mutaah

Chazynash turut meminta agar bekas isteri dan mereka yang menyokong bekas isterinya agar tidak menjadi joykiller majlis perkahwinan dia dan bakal isterinya.

“Cukup cukuplah, dah tak ada jodoh panjang, tolonglah redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan,” kata Chazynash yang menganggap segala tuduhan liar kepadanya adalah kerana rasa tak puas hati dan dengki sehingga menokok tambah cerita.

Selain itu, Chazynash turut meluahkan kebimbangan terhadap pengaruh bekas isterinya terhadap anak-anak, termasuk kenyataan yang didakwa merendahkan peranannya sebagai seorang bapa serta tindakan melibatkan anak-anak dalam perkara yang menjejaskan privasi.

Chazynash tarik palik pemberian mutaah

Atas alasan perjanjian asal yang didakwa telah dilanggar, Chazynash memaklumkan keputusan untuk menarik semula pemberian mutaah, rumah dan kenderaan, serta menyerahkan sepenuhnya urusan berkaitan harta dan hak penjagaan anak-anak kepada proses mahkamah.

Dan Chazynash menasihati agar bekas isterinya, tinggal dengan adik lelaki yang selalu mendakwa bahawa dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang adik.

Tentang urusan berkaitan dengan hak penjagaan anak anak dan harta, Chazynash akan menyelesaikan perkara itu di mahkamah.

Dalam kenyataan sama, Chazynash menegaskan bahawa tiada unsur kecurangan atau campur tangan pihak ketiga dalam penceraian mereka, sebaliknya semua dakwaan tersebut disifatkan sebagai fitnah. Chazynash turut memberi amaran agar segala gangguan dan provokasi dihentikan, serta menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan diri sekiranya keadaan berterusan.

Ini termasuk mendedahkan hal sebenar punca perceraian mereka walaupun terpaksa membuka aib bekas isteri dan dirinya sendiri.

“Saya tiada pilihan selain mempertahankan diri dengan menceritakan segalanya, walaupun ia akan membuka aib awak dan saya sendiri,” kata Chazynash yang akui sudah terlalu penat dan tidak lagi mampu menanggung apa yang berlaku.

'Saya Tanggung Nafkah Anak RM8,200 Sebulan,' - Chazynash Tertekan Difitnah Bekas Isteri, Terpaksa Tarik Balik Pemberian Mutaah

Chazynash mengakhiri kenyataan dengan permohonan maaf kepada orang ramai atas kekecohan yang berlaku dan menegaskan bahawa tindakannya hanyalah untuk mempertahankan maruah diri serta haknya sebagai seorang bapa.

'Saya Tanggung Nafkah Anak RM8,200 Sebulan,' - Chazynash Tertekan Difitnah Bekas Isteri, Terpaksa Tarik Balik Pemberian Mutaah