Selain harga yang murah, kebersihan dan keunikan sesuatu tempat penginapan itu juga menjadi faktor untuk dipilih sebagai tempat penginapan ketika bercuti ke sesuatu destinasi.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @amirulfirdaus96 telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya dan seorang rakan ‘check-in’ ke sebuah hotel yang dilihat biasa tetapi sebaliknya di Johor.
Baca Juga:
- Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu
- Kecewa Penginapan Dibatalkan ‘Last Minute’, Netizen Bantu Wanita Teraniaya Serang Pihak Resort Di Google Review
- Kejutkan Pemandu Dengan Saman ‘Parking’, Taktik Licik Rumah Penginapan Ini Tarik Perhatian Netizen
@amirulfirdaus96 8 #fyp
Menerusi video terbabit, bilik yang ditempahnya membawa tema seperti duduk dalam sel penjara dan lengkap diberikan baju banduan. Dapat dilihat, pemilik video dan rakannya cukup terhibur serta ‘speechless’ apabila melihat bilik terbabit.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat pemilik video yang ‘check-in’ ke hotel berkonsepkan penjara itu.
Malah, rata-rata netizen turut bergurau jika pemilik video memakai baju banduan itu keluar dari hotel itu mesti jadi ‘wanted’. Tidak hanya itu, para netizen turut mengatakan bahawa hotel tersebut sangat unik.
Ada juga netizen yang pernah menginap di hotel tersebut mengatakan terdapat banyak tema dan pernah mendapat bilik bertemakan hutan. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan lebih 100 ribu tanda suka.