Tempat penginapan berharga rendah sering kali menjadi pilihan pengguna. Selain digunakan untuk hanya merehatkan diri dalam tempoh yang singkat, tempat penginapan berkos rendah sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan seseorang atau sesebuah keluarga.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini merusi perkongsian @malaysianupdatenews di mana lelaki ini memilih untuk menginap di sebuah hotel di Bukit Merah dengan harga penginapan serendah RM60 satu malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau pada mulanya memilih untuk menginap di hotel ini berikutan harganya yang rendah. Situasi seram bermula apabila jalan masuk ke hotel tersebut seolah tidak lengang dan tidak berpenghuni.

Malah beliau turut memaklumkan beliau merupakan satu-satunya pelanggan hotel tersebut pada ketika itu.

@malaysianupdatenews

Mana punya hotel la brader ni dapat ni. Memang auto checkout la! 🤣 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp #fypシ

♬ original sound – Malaysian Update – Malaysian Update

Meskipun mendapati kaunter hadapan tidak berpenghuni dan ruangan dalaman sunyi dan menyeramkan, beliau memilih untuk terus menginap di bilik hotel tersebut.

Dalam pada itu, beliau nampaknya memilih untuk mengubah keputusannya 20 minit selepas check in di hotel tersebut selepas mendengar beberapa bunyi misteri dalam bilik hotel berkenaan.

Bunyi pintu diketuk dan langsir bilik air bergerak sendiri antara didengari beliau sepanjang berada di bilik tersebut sehinggalah azan Maghrib. Bunyi tersebut sekali lagi menghantui beliau selepas azan berakhir.

Beliau seterusnya memilih untuk keluar daripada bilik tersebut serta meneruskan perjalanan ke tempat penginapan yang lain angkara bunyi-bunyi misteri di bilik tersebut.

Menurutnya, beliau mampu untuk berada dalam bilik tersebut namun beliau akui mungkin tidak dapat tidur sepanjang malam sekaligus membuatkan badan beliau letih pada keesokan harinya.

Perkongsian penuh santai lelaki ini telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama di hotel ini.

Malah, hotel ini dikatakan turut menjadi pilihan kumpulan paranormal. Tidak kurang juga pengguna TikTok lain tampil berkongsi situasi seram sepanjang menginap di hotel ini.