Hanya kerana sekeping keropok berbentuk seperti karakter ikonik di dalam Pokémon, kini ia menjadi sensasi di internet dan menjadi buruan peminat tegar di seluruh dunia.

Kudapan kembung berwarna merah-pedas sepanjang 3-inci yang dilihat agak menyerupai raksasa Pokémon elemen api Charizard ini telah terjual di laman web lelong, Goldin pada minggu ini.

Menariknya, setelah bidaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan, sekeping keropok ini telah terjual pada harga akhir mencecah $87,840 (~RM390,317.04).

Namun, masih tidak diketahui identiti sebenar pembeliayang memenangi bidaan Cheetozard itu. Charizard adalah antara Pokémon asal dan paling popular dalam permainan dan siri TV francais yang telah lama disiarkan.

cheetozard
Sumber Gambar: Goldin

Cheetozard ini didatangkan dengan kad khas bersama kotak lutsinar.

Kepingan tepung jagung yang sudah diawet itu dilekatkan pada kad Pokémon khas dan dikunci di dalam kotak penyimpanan lutsinar. Ini mungkin untuk mengelakkan Cheetozard daripada hancur akibat unsur-unsur asing lain.

Bidaan bermula pada $275 pada 11 Februari, tetapi melonjak naik kepada bidaan kemenangan sebanyak $72,000 pada hari Ahad — ditambah pembeli perlu membayar caj servis kepada rumah lelong dengan jumlah keseluruhan sebanyak $87,840.

Sumber