Pada pertengahan bulan Februari lalu jenama Farm Fresh mencuri perhatian warganet apabila memperkenalkan produk terbaharu mereka, iaitu mentega.
Baru-baru ini seorang chef restoran Itali terkenal di Singapura, Chef Gero DiMaria dari Restoran Itali Kucina memuji mentega keluaran Farm Fresh itu.
Baca Juga:
- Farm Fresh Tak Nak Kalah Respon ‘Marketing Halus’ Jenama Ais Krim Terkenal Ini
- ‘Akhirnya Buatan Malaysia’ – Ramai Teruja Farm Fresh Jual Mentega
- ‘Mana Nak Cari?’ – Aiskrim Baharu Farm Fresh Jadi Buruan Ramai
Beliau memuji kualiti mentega tersebut selepas mendapat keputusan beberapa hasil ‘ujian’ pengesahkan ciri-ciri mentega yang berkualiti baik.
Chef Gero DiMaria ialah seorang mualaf Itali yang telah menubuhkan Restoran Itali Kucina yang diiktiraf halal oleh MUIS di Singapura.
“Ini yang anda nantikan selama ini. Saya banyak menerima permintaan untuk membuat review mentega Farm Fresh.
“Macam saya katakan, saya baru balik dari Johor Bahru dan saya telah beli mentega tersebut. Saya hanya dapat yang versi salted sahaja.
“Jadi saya akan membuat beberapa ujian secara live di hadapan anda semua,” kata Chef Gero DiMaria atau lebih mesra dikenali sebagai Chef G.
Chef buat tiga ujian semak kualiti mentega Farm Fresh
Ujian pertama yang dilakukan oleh Chef G adalah ‘Melt Test‘ di mana mentega itu dicairkan di atas periuk. Kemudian melihat percikan dan kandungan airnya.
Keputusan ujian pertama Chef G mendapati mentega Farm Fresh itu berkrim, mengeluarkan buih-buihan dan tidak mengeluarkan percikan.
Kemudian, ujian kedua pula ada adalah rasa mentega tersebut.
“Ringan sangat, memang sangat ringan. Tiada banyak rasa masam yang biasa ada pada mentega kultur. Saya rasa mentega ini bagus sangat untuk buat kek dan kuih.
“Teksturnya sangat halus, ringan di mulut. Rasa masinnya, sangat sederhana,” puji Chef G.
Ujian terakhir pula mentega tersebut diuji dengan meletakkan di atas roti untuk dimakan begitu sahaja.
Selepas menggigit roti kali pertama, Chef G melontarkan pujian.
“Rasa masinnya terasa sedikit lebih kuat. Mentega yang bagus, kawan-kawan. Ia lulus ujian saya. Memang bagus,” puji Chef G.
Netizen risau mentega Farm Fresh ‘sold out‘
Perkongsian video Chef G mendapat liputan meluas di kalangan netizen.
Ramai berbangga apabila produk tenusu tempatan mendapat pengiktirafan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Dalam masa sama netizen melontarkan rasa bimbang mentega itu semakin sukar untuk didapatkan di pasaran setelah mendapat review baik daripada seorang chef Itali terkemuka dari Singapura.



Terdahulu, Farm Fresh mengeluarkan produk mentega dengan dua pilihan standard iaitu bergaram (Salted) dan tanpa garam (Unsalted).
Setiap satu buku mentega mempunyai berat 200 gram dan sudah mempunyai Halal Jakim.
Harga sebuku mentega itu dijual bermula RM10.90.