Jenama Farm Fresh bukanlah satu nama yang asing lagi di dalam industri susu segar di Malaysia. Kisah jerih-perih bagaimana jenama ini dikenali sentiasa menjadi bualan dan inspirasi rakyat Malaysia.
Terbaharu, Azmi Zainal (Ketua Pegawai Operasi) Farm Fresh atau lebih dikenali sebagai Boss Susu telah berkongsi sekeping gambar reka bentuk kotak susu pisang jenama Farm Fresh yang bakal diperkenalkan kepada pasaran tidak lama lagi.
Walaupun hanya sekeping gambar, hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen yang sememangnya menanti-nantikan kehadiran susu pisang daripada Farm Fresh sejak dahulu lagi.
Rata-rata orang ramai tidak sabar untuk mencuba dan memuji produk baru ini menggunakan warna, packagingΒ serta rekaan grafik yang sudah ‘sebati’ dengan peminat jenama Farm Fresh.
KURMA PUN DAH SEDAP, APATAH LAGI PISANGGGGG https://t.co/U8ySmI7BV9
— zackie (@zkrikhled) June 15, 2021
Beli sebab kotak comel. https://t.co/SBy0CQuUIl
— πππππ’ππππ π€ (@httpzaty) June 15, 2021
https://twitter.com/UwUmairahadi/status/1404643607726891009?s=20
Boss Susu tidak memaklumkan bilakah susu pisang Farm Fresh akan mula berada di pasaran. Dijangkakan ia sudah ‘ready’ untuk orang ramai dapatkan di pasaraya-pasaraya berhampiran tidak lama lagi.
Sekiranya anda mengenali sesiapa yang memang tertunggu-tunggu produk susu pisang daripada syarikat Farm Fresh setelah sekian lama, kongsikan artikel ini untuk menceriakan hari mereka.
Sementara menunggu susu pisang ini berada di pasaran, anda boleh baca lagi cerita-cerita Farm Fresh yang pernah kami kongsikan melalui pautan di bawah.
Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON
Dari Malaysia Ke Australia, ‘Boss Susu’ Kongsi Kisah Ambil Alih Kilang Jem Terkenal