Hari ini menjadi satu kedukaan besar buat industri tenusu negara selepas Pengarah Ladang Farm Fresh Berhad, Jacob Mathan, 35, dilaporkan terkorban dalam satu nahas helikopter di Filipina.

Pemergian Jacob telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Azmi Zainal, atau lebih popular dikenali sebagai Boss Susu.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian di Facebook, Azmi menerima panggilan Pegawai Kedutaan Malaysia di Filipina yang meminta nombor telefon Jacob.

Pada ketika itu beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana ingatkan pegawai tersebut ingin bertanya mengenai tanah di Filipina yang akan dijadikan ladang baharu Farm Fresh.

Tidak lama kemudian barulah beliau mendapat perkhabaran mengenai insiden yang menimpa kepada Jacob.

“Jam 11 pagi, Dolah GM aku telefon kata helikopter yang Jacob naik terhempas. Saya berdoa dia selamat. Tidak lama selepas itu, Loi telefon dan beritahu — “Mi, Jacob sudah tiada” — Saya terdiam dan tidak tahu nak cakap apa. Saya batalkan mesyuarat dan terus ke pejabat bincang dengan Loi dan saya terus tempah tiket dan terbang ke Manila.

“Saya hubungi Amy, isteri Jacob dan beritahu dia yang saya akan teman dia ke Manila. Masa saya jumpa Amy di lapangan terbang dia sangat kuat, tenang tetapi air matanya menitis.

“Dia minta saya tunjukkan gambar Jacob kemalangan. Saya tanya dia adakah dia okay untuk tengok, dia jawab dia okay. Masa dia tengok, air matanya mengalir dan cakap — “dia sangat kacak (mendiang Jacob)”

“Dan malam tadi ketika dia tengok Jacob. dia tenang, tak meraung, cuma air mata menitis sambil mengusap-usap dahi Jacob dan tersenyum. Amy dan Jacob satu universiti dulu. Sama jurusan dan intern dekat ladang Farm Fresh juga kalau tak silap saya,” kongsi Azmi.

Bagaimana Jacob bermula di Farm Fresh
'Malaysia Hilang Seorang Pakar Tenusu Tempatan' – Boss Susu Terkesan Pemergian Jacob, Individu Penting Farm Fresh
Sumber Gambar: Facebook Azmi Zainal

Menurut perkongsian Boss Susu, Jacob bermula sebagai seorang pelajar praktikal di Farm Fresh pada tahun 2013.

Pada ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh, Loi telah banyak melatih Jacob sehinggalah beliau diberikan kepercayaan besar sebagai Pengarah Ladang.

“Jacob seorang pekerja yang sangat komited dan cepat belajar. Sebelum ini kalau urusan dengan jabatan veterinar atau penternak, banyak saya yang uruskan.

“Bila Jacob sudah mahir, perlahan-lahan saya serahkan urusan pada beliau. Kerja-kerja ladang beliau juga sangat teratur dan beliau juga seorang ketua yang bagus. Jacob memimpin pasukan ladang seramai 400 orang. Ladang Taiping adalah hasil tangan Jacob daripada A hingga Z,” kata Azmi.

Jacob calon CEO Farm Fresh
'Malaysia Hilang Seorang Pakar Tenusu Tempatan' – Boss Susu Terkesan Pemergian Jacob, Individu Penting Farm Fresh
Sumber Gambar: Facebook Azmi Zainal

Tambah beliau lagi, oleh kerana Jacob seorang yang cepat belajar dan mempunyai skil pembentangan yang sangat baik, Loi dan Azmi yakin Jacob merupakan calon paling layak untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh yang seterusnya.

“Pernah satu ketika Loi borak-borak dengan saya — “Mi, Jacob itu kalau kita polish lagi, dia boleh jadi kita punya CEO seterusnya” — begitulah yakinnya saya dan Loi pada Jacob.

“Bagi saya dan Farm Fresh, pemergian Jacob satu kehilangan besar. Negara juga kehilangan seorang pakar tenusu tempatan.

“Saya di Manila dan akan uruskan agar kita dapat bawa balik Jacob secepatnya. Ucapan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Manila yang sentiasa bantu kami di sini.

“Terima kasih juga kepada Duta YB Dato Malik, Fara, Sara dan semua pegawai kedutaan yang membantu kami memudah kan urusan disini,” kongsi beliau.

'Malaysia Hilang Seorang Pakar Tenusu Tempatan' – Boss Susu Terkesan Pemergian Jacob, Individu Penting Farm Fresh
Sumber Gambar: Farm Fresh