Pasukan wanita Chelsea membelasah Man United pada final Piala FA Inggeris (W). Ianya melengkapkan kejayaan treble domestik skuad wanita Blues musim ini.
Ianya membuktikan bahawa dominasi Chelsea dalam bola sepak wanita di England sangat luar biasa pada ketika ini.
Mereka menjadi pasukan yang sangat digeruni walaupun bersama dengan pengurus yang baru dilantik musim ini.
Belasah Manchester United di Wembley
Ianya bukan final yang indah untuk dikenang pasukan Manchester United.
Pasukan London, Chelsea menang besar dengan belasah Manchester United 3-0 pada aksi final yang berlangsung di Wembley itu.
Gol gol Chelsea terhasil menerusi sepakan penalti Sandy Baltimore minit ke-45.
Pada separuh masa kedua Chelsea menjaringkan 2 gol lewat menerusi Catarina Macario minit ke-84. Sebelum Baltimore sekali lagi mencetak gol minit ke-90+1.
Pasukan wanita Chelsea itu benar benar dominan dengan 61% penguasaan bola dan melakukan 13 percubaan – 7 percubaan tepat.
Sementara United hanya melakukan 5 percubaan dengan hanya 2 percubaan tepat.
Oleh sebab itu Man United terpaksa akur dengan kehebatan pasukan wanita The Blues itu.
CHELSEA ARE YOUR 2025 FA CUP WINNERS! π pic.twitter.com/UPbmmm1iPe
— (C)helsea FC Women (@ChelseaFCW) May 18, 2025
Chelsea meraikan kejayaan tersebut sebelum skuad lelaki mereka selepas ini akan berentap dalam final Piala Persidangan Eropah.
They've done it π€©@ChelseaFCW are our 2024-25 #AdobeWomensFACup winners π pic.twitter.com/mHmjlTBHgx
— Adobe Women's FA Cup (@AdobeWFACup) May 18, 2025
Skuad wanita Chelsea menamatkan musim ini dengan kejayaan treble domestik. Ini selepas mereka menjulang Piala Liga, Liga Super Wanita dan terbaru Piala FA.
Ini juga musim pertama Sonia Bompastor bergelar pengurus mereka.
League Cup β
WSL β
FA Cup βChelsea complete the domestic treble in Sonia Bompastorβs first season.
And they did it undefeated.
HISTORIC πππ pic.twitter.com/P9PzuOvqGZ
— B/R Football (@brfootball) May 18, 2025
Bagi Man United, pasukan wanita mereka gagal mengubat kedukaan skuad lelaki Setan Merah yang terus bergelut dalam saingan liga.
Namun seperti Chelsea, Red Devils juga akan beraksi di pentas final Eropah. Berdepan dengan Spurs dalam aksi final semua pasukan Inggeris dalam aksi Liga Europa yang akan datang.