Seorang pelajar Malaysia berusia 21 tahun di Australia ditahan selepas membelanjakan hampir keseluruhan AUD$4.6 juta (RM13.7 juta) yang tersilap masuk ke akaunnnya.

Lee
Lee

Pelajar kejuruteraan kimia Christine Jiaxin Lee secara tidak sengaja menerima wang berjumlah AUD$4.6 juta sebagai overdraf pada tahun 2012. Dalam masa setahun, beliau berbelanja sebanyak AUD$3.3 juta (RM9.83 juta) untuk membeli beg tangan mewah dan pemindahan tunai.

Lee
Lee

Pihak berkuasa mula menyiasat pemindahan deposit itu pada 2012, tetapi waran tangkap hanya mula difailkan pada Mac tahun ini. Lee ditangkap oleh polis persekutuan Australia di Lapangan Terbang Sydney ketika cuba meninggalkan Australia untuk pulang ke Malaysia. Lee menghabiskan satu malam di penjara.

Pemandangan di hadapan Sydney Harbor.
Pemandangan di hadapan Sydney Harbor.

Pelajar tahun ketiga itu, menyewa sebuah sub-penthouse dengan pemandangan pelabuhan Sydney yang berharga AUD$3,120 (RM9295) sebulan bersama-sama dengan teman lelakinya, Vincent King.

Lee dan kekasih.
Lee dan kekasih.

Lee didakwa secara tidak jujur ​​mengambil kesempatan kewangan dengan penipuan dan dengan sengaja berurusan dengan hasil jenayah. Peguambela Lee menjelaskan kepada mahkamah bahawa sebahagian besar yang telah dibelanjakan untuk pembelian beg tangan mahal menyebabkan hakim kes itu berkata, “Itu adalah kuantiti beg tangan yang banyak.”

Lee
Lee

Walaupun Lee tidak pernah memberitahu bank kesilapan yang berlaku, perbelanjaan beliau mungkin tidak menyalahi undang-undang.

“Mereka (bank) memberikannya (duit) kepada dia. Tetapi itu tidak bermakna dia telah melanggar undang-undang,” kata hakim, sambil menambah Lee perlu mengembalikan semula wang yang beliau telah habiskan.

Good luck with that.

Sumber